Mahkota berlian dan busana Dayang Anisha curi tumpuan

Perkahwinan Diraja Brunei

Mahkota berlian dan busana Dayang Anisha curi tumpuan

WANITA mana tidak terpesona memandang Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah yang berwajah tampan dan kehidupan penuh bergaya, dibaluti kemewahan dan paling diminati di Asia.

Justeru, membuatkan ramai teruja serta tidak kurang ‘cemburu’ dengan wanita pilihannya apabila beliau diumumkan menamatkan zaman bujang.

Ini kerana akhirnya, Pengiran Muda ini memilih Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah sebagai pasangannya dan istiadat perkahwinan mewah pasangan diraja dilangsungkan selama 10 hari bermula 7 Januari lalu.

Setiap perincian dan istiadat perkahwinan diraja ini menjadi perhatian ramai termasuk mahkota berlian dipakai Anisha Rosnah kerana perhiasan mewah itu sebelum ini digayakan adik Putera Mateen, Puteri Azemah di sebalik tudung dipakainya.

Putera Mateen adalah anak ke-10 Sultan Hassanal Bolkiah dan anak lelaki keempat Sultan Brunei bersama Dayang Anisha Rosnah terus menjadi buruan lensa kamera dan tumpuan di seluruh dunia majlis perkahwinan mereka yang penuh gemilang gemilang dan disifatkan sebagai ‘Wedding of the year’.

Kejelitaan Dayang Anisha Rosnah mencuri tumpuan ramai, dengan persalinan nan anggun termasuk ketika majlis khatam al-Quran apabila menggayakan baju kurung putih, iaitu pakaian tradisional Brunei hasil sentuhan, pereka Malaysia Teh Firdaus.

Busana indah serba mewah itu menampilkan hiasan kristal pada lengan dan kain serta dipadankan dengan tudung putih dan solekan yang ringkas tetapi kelihatan begitu elegan.

Persalinan diraja itu juga berbeza untuk majlis Berbedak Mandi yang turut menggayakan pakaian tradisional Brunei dalam persalinan rona merah serta perincian kulit yang disesuaikan dengan aksesori kuning keemasan.

Wajah jelita Dayang Anisha Rosnah yang hanya ditatarias solekan ringkas tetap menyerlahkan seri mempelai.

Istiadat perkahwinan bermula 7 Januari lalu, dengan berlangsungnya Majlis Istiadat Bersuruh Diraja dan pasangan diraja itu dinikahkan, pada 11 Januari di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.

Semalam pula, berlangsungnya Majlis Bersanding Pengantin Diraja di Istana Nurul Iman, iaitu acara puncak istiadat perkahwinan diraja selama 10 hari.

Semalam juga, pasangan diraja itu menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Hari ini, berlangsung majlis santapan diraja dan semua istiadat berakhir esok iaitu dengan majlis membaca doa selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga.

Untuk rekod, pengantin perempuan adalah cucu kepada penasihat khas Sultan, Pehin Dato Isa.

Foto Dayang Anisha dikongsi juga di laman Instagram oleh pereka Malaysia, Teh Firdaus dan jurufoto, Muash Rosman.

Pasangan itu dilaporkan menjalin hubungan selama beberapa tahun, sebelum Sultan Brunei mengumumkan pertunangan mereka pada Oktober lalu.

Bagi Putera Mateen, sebelum ini pernah menemani ayahandanya pada majlis pertunangan rasmi diraja, termasuk pertabalan Raja Charles dan Raja Permaisuri Britain, Camilla, pada Mei 2023 dan pengebumian Ratu Elizabeth, pada September 2022.

Putera Mateen aktif di media sosial dengan hampir 2.5 juta pengikut laman sosial. BH

Mahkota berlian dan busana Dayang Anisha curi tumpuan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya senasib dengan Tyzo – Linda Onn

Isu Tyzo, DJ Lin akan dedahkan Jumaat ini

Makin lawa Mawar Rashid lepas menjanda

Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker