Hezbollah diminta bertindak selepas Al Arouri dibunuh Israel
Pemimpin kanan Hamas, Saleh al-Arouri gugur syahid
Hezbollah diminta bertindak selepas Al Arouri dibunuh Israel
Timbalan ketua kumpulan pejuang Hamas, Saleh al-Arouri dilaporkan syahid dalam serangan dron rejim Zionis di Beirut, Lubnan pada Selasa.
Al-Arouri, 57, adalah pemimpin kanan politik Hamas pertama yang syahid sejak Israel melancarkan serangan udara dan darat terhadap Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.
Kematian al-Arouri dijangka meningkatkan risiko perang merebak di luar Semenanjung Gaza.
Rakyat Palestin turun ke jalanan di bandar Ramallah, Tebing Barat sejurus selepas laporan kematian pegawai tertinggi Hamas, Saleh al-Arouri di Lubnan pada Selasa.
Mereka menuntut balas dendam ke atas pembunuhan a-Arouri sambil melaungkan slogan dan menyeru Setiausaha Agung Hezbollah di Lubnan, Sayyed Hassan Nasrallah untuk mengambil tindakan.
Pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah telah berikrar untuk bertindak balas terhadap mana-mana pihak Israel yang menyasarkan pegawai Palestin di Lubnan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar ‘sekatan maksimum’ daripada semua pihak dilaksanakan susulan pembunuhan pegawai tertinggi Hamas, Saleh al-Arouri dalam serangan Israel di Beirut, Lubnan pada Selasa.
Kenyataan dibuat jurucakap bersekutu bagi Setiausaha Agung PBB, Florencia Soto Nino sebagai reaksi kepada kenyataan Setiausaha Agung Hezbollah, Hassan Nasrallah.
Nasrallah sebelum ini menegaskan tindak balas tertinggi akan dilakukan sekiranya Israel melakukan pembunuhan di tanah Lubnan.
“Saya rasa mesej kami kepada semua orang adalah sama iaitu disebabkan ketegangan yang semakin memuncak dan kerapuhan keadaan di rantau ini, kami menyeru agar sekatan maksimum daripada semua pihak.
“Kami tidak mahu apa-apa atau sebarang tindakan terburu-buru yang boleh mencetuskan keganasan selanjutnya,” katanya.
Hezbollah diminta bertindak selepas Al Arouri dibunuh Israel
Baca Artikel Menarik:
- Muka Nonny Nadirah senget akibat disihir
- Shuib buka restoran patin
- Inovasi ulam raja tingkat memori, daya ingatan
- Hamdan Senario minta usah ditidurkan sebab nak jumpa peminat – isteri
- Bakal pengantin dicekup berkhalwat
- Perbaharui lesen memandu guna MyJPJ mulai 1 Februari
- Bunuh majikan kerana tak tahan dimarah
- Dividen KWSP dijangka setinggi 6.5 peratus
- Pelancong Malaysia sumbang RM265j kepada ekonomi Hatyai
- Langkah Dubai: Saya akan saman – Abdul Rahman
- Rakyat tunggu Mahathir, Daim disiasat
- Langkah Dubai yang diabai
- Imbauan: 10 tinta politik tumpuan 2023
- McDonald’s Malaysia saman BDS Malaysia, “Bukan kami yang mula boikot tapi rakyat Malaysia”
- Kes pembunuhan kejam 2023, Pakar CSI Malaysia sahkan pelaku memang ada ‘niat’ membunuh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan
Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara
Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia
You must be logged in to post a comment.