BYD mendahului Tesla sebagai pengeluar terbesar kenderaan elektrik
BYD mendahului Tesla sebagai pengeluar terbesar kenderaan elektrik
Pengeluar kereta Amerika Syarikat, Tesla telah kehilangan takhta kedudukannya sebagai pengeluar kenderaan elektrik terbesar dunia kepada firma China – BYD, menurut angka jualan yang dikeluarkan semalam.
Pengeluar kereta berpangkalan di Amerika Syarikat diterajui billionaire Elon Musk mengeluarkan 484,507 kenderaan dalam suku keempat tahun 2023, menurut data syarikat itu – meningkat lebih 11 peratus daripada suku sebelumnya.
Tetapi peningkatan ini tidak mencukupi untuk mengekalkan mahkota Tesla sebagai pengeluar dan penjual kenderaan elektrik bateri terbesar di dunia, kerana pesaing China, BYD melaporkan penjualan sebanyak 526,409 untuk tempoh yang sama.
Angka ini menekankan cabaran yang kemungkinan akan dihadapi Tesla tahun ini, daripada pesaing yang berminat untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat untuk kenderaan elektrik.
Selain menewaskan Tesla dalam jualan kenderaan elektrik sepenuhnya, BYD juga menjual lebih daripada 400,000 kenderaan elektrik hibrid plug-in dalam suku keempat.
Secara keseluruhan, BYD menjual lebih daripada tiga juta kenderaan penumpang tahun lalu.
Bagaimanapun, Tesla masih menjadi penjual teratas EV secara tahunan apabila mengeluarkan lebih daripada 1.8 juta kenderaan kepada pelanggan dalam tempoh setahun hingga Disember, jauh di atas jualan BYD yang hampir 1.6 juta. BH
BYD mendahului Tesla sebagai pengeluar terbesar kenderaan elektrik
Baca Artikel Menarik:
- Muka Nonny Nadirah senget akibat disihir
- Shuib buka restoran patin
- Inovasi ulam raja tingkat memori, daya ingatan
- Hamdan Senario minta usah ditidurkan sebab nak jumpa peminat – isteri
- Bakal pengantin dicekup berkhalwat
- Perbaharui lesen memandu guna MyJPJ mulai 1 Februari
- Bunuh majikan kerana tak tahan dimarah
- Dividen KWSP dijangka setinggi 6.5 peratus
- Pelancong Malaysia sumbang RM265j kepada ekonomi Hatyai
- Langkah Dubai: Saya akan saman – Abdul Rahman
- Rakyat tunggu Mahathir, Daim disiasat
- Langkah Dubai yang diabai
- Imbauan: 10 tinta politik tumpuan 2023
- McDonald’s Malaysia saman BDS Malaysia, “Bukan kami yang mula boikot tapi rakyat Malaysia”
- Kes pembunuhan kejam 2023, Pakar CSI Malaysia sahkan pelaku memang ada ‘niat’ membunuh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan
Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]
Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara
Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia
You must be logged in to post a comment.