Prestasi lemah, Bursa Malaysia susut dagangan pertama 2024

 

KUALA LUMPUR 09 NOVEMBER 2016. Pengunjung melihat papan eloktronik yang menunjukkan pasaran saham jatuh setelah Donald Trump diumumkan sebagai Presiden baru Amerika Syarikat di RHB Investment Hall, Jalan Tun Razak. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari pertama dagangan 2024 berikutan kekurangan minat belian di tengah-tengah prestasi lemah pasaran di seluruh rantau ini, kata seorang peniaga.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng, berkata indeks utama serantau kebanyakannya rendah susulan petunjuk negatif daripada Wall Street pada Jumaat minggu lalu.

Pada 5 petang hari ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah turun 0.10 peratus atau 1.56 mata kepada 1,453.10 daripada paras penutup 1,454.66 sebelumnya.



Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah turun 2.46 mata kepada 1,452.20, bergerak antara jajaran 1,446.36 dan 1,453.56 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran bagaimanapun kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 512 berbanding 463, manakala 399 kaunter tidak berubah, 854 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.91 bilion unit bernilai RM2.00 bilion daripada 4.67 bilion unit bernilai RM2.96 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Pak Leng berkata, selain itu, peningkatan ketegangan di Asia Barat susulan tindakan Iran yang mengerahkan kapal perangnya ke Laut Merah, turut menjejaskan sentimen pelabur.



Sementara itu, katanya tumpuan pasaran terarah kepada beberapa data yang dijadual diumumkan minggu ini yang akan menyediakan gambaran jelas berkaitan kelonggaran dasar monetari yang akan dilaksanakan oleh bank-bank pusat utama dan potensi penurunan kadar.

“Bagi bursa tempatan, kami melihat penurunan hari ini sebagai peluang baik untuk aktiviti membeli saham berharga rendah apabila penilaian ekuiti tempatan masih kekal menarik terutamanya dalam kalangan saham mewah.

“Oleh itu kami menjangkakan indeks petunjuk pasaran mencatatkan lantunan semula tidak lama lagi dan mengunjur ia berlegar dalam jajaran 1,450-1,470 bagi minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Pak Leng berkata, dari segi teknikal, Rakuten Trade melihat paras sokongan pada 1,450 diikuti 1,440 dan paras rintangan pada 1,465.



Di Bursa Malaysia, saham wajaran tinggi Sime Darby Plantation turun 9.0 sen kepada RM4.37, IHH susut 4.0 sen kepada RM5.99 dan Hong Leong Bank jatuh 24 sen kepada RM18.66.

Public Bank berkurangan 1.0 sen kepada RM4.28, Maxis turun 4.0 sen kepada RM3.81 dan Tenaga menyusut 6.0 kepada RM9.98.

Dalam kalangan kaunter cergas, Fintec dan BSL Corp kedua-duanya tidak berubah masing-maisng pada 1.0 sen dan 4.5 sen, Fast Energy naik 4.5 sen kepada 17.5 sen, Metronic Global meningkat setengah sen kepada 2.0 sen manakala Sapura Energy menokok 1.0 sen kepada 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 berkurangan 4.62 mata kepada 10,481.10, Indeks FBM Emas Shariah turun 10.44 mata kepada 10,978.27, Indeks FBM Emas susut 2.72 mata kepada 10,820.98, Indeks FBMT 100 Index jatuh 4.62 mata kepada 10,481.10 manakala Indeks FBM ACE naik 32.52 mata kepada 5,354.55.



Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.37 mata kepada 174.36 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 16.31 mata kepada 16,246.73.

Indeks Perladangan jatuh 39.83 mata kepada 6,968.13, Indeks Tenaga meningkat 1.64 mata kepada 819.37 dan Indeks Hartanah menokok 2.23 mata kepada 864.34.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.66 bilion unit bernilai RM1.63 bilion daripada 2.68 bilion unit bernilai RM2.57 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 809.30 juta unit bernilai RM82.75 juta daripada 475.43 juta unit bernilai RM48.80 juta sebelumnya.



Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 1.42 bilion saham bernilai RM289.98 juta berbanding 1.46 bilion saham bernilai RM335.06 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 391.19 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (902.81 juta); pembinaan (195.49 juta); teknologi (259.69 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (38.53 juta); hartanah (233.93 juta); perladangan (15.94 juta); REITs (10.84 juta), dana tertutup (11,000); tenaga (215.85 juta); penjagaan kesihatan (134.40 juta); telekomunikasi dan media (43.26 juta); pengangkutan dan logistik (80.20 juta); dan utiliti (142.46 juta).

-BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker