Janna Nick bagi amaran keras kepada Dini (Video)

Janna Nick bagi amaran keras kepada Dini (Video)

SUSULAN Pengumuman pernikahan kedua pempengaruh, Alif Teega baru-baru ini telah meninggalkan kesan kepada ramai orang terutamanya kaum wanita. Malah, perkara ini juga memberi impak kepada pelakon dan juga pengacara terkenal, Janna Nick.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Janna Nick atau nama sebenar Nurul Jannah Muner akui sebagai seorang isteri, dia turut terkesan dengan isu yang sedang tular pada masa kini.



Meskipun begitu, dia juga tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana enggan masuk campur di dalam urusan rumah tangga individu lain.

“Masa perjalanan balik, saya tengah tengok TikTok dan saya lihat sedikit berita yang membuatkan saya emosi sebagai isteri. Namun, apa pun, itu kehidupan orang.

“Kita tak tahu apa yang berlaku dan saya tidak mahu mengganggu kehidupan dan perkahwinan orang. Kita tak tahu apa yang jadi disebaliknya.

“Semua perempuan pun akan terasa dengan situasi sekarang, lagi-lagi perempuan yang kena tipu dengan suami. Kalau sebelum kahwin, saya tak kesah pun, macam lepas kahwin saya turut terasa,” katanya.



Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun itu, sempat memberi amaran kepada suaminya, Dini Schatzmann.

“Saya beritahu awak sekarang. Sekiranya satu hari nanti awak dah tiada perasaan dekat saya, awak dah tak sayang saya lagi, jangan curang belakang saya. Itu yang saya paling tak boleh terima. Berani dan datang menghadap saya.

“Kalau berani curang, beranilah ada telur datang tunjuk dan mengaku,” ujarnya.

Terdahulu, Alif dan isteri pertamanya Aisyah Hijanah membuat pengakuan di laman Instagramnya berhubung pernikahan kedua bagi tujuan untuk menghentikan semua spekulasi dan fitnah terhadap diri mereka dan keluarga. Utv



Janna Nick bagi amaran keras kepada Dini (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah



Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?



Amylea kini isteri abang Bomba



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker