Pegawai kanan polis dan lima individu bebas tuduhan bunuh

SEREMBAN – Seorang pegawai kanan polis dan empat individu terlepas hukuman mati di tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh tiga lelaki, tujuh tahun lalu.

Hakim, Datuk Azman Abdullah membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pegawai polis, S. Selvakumar, 45, tiga beradik yang merupakan peniaga besi buruk, N. Rajasakanan, 43, N. Sureshkannah, 42, dan N. Thanabalan, 35, serta seorang pemandu lori, R. Veeramuthu, 56.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap kelima-lima orang kena tuduh (OKT) dan melepaskan serta membebaskan mereka tanpa dipanggil untuk membela diri.



“Adalah tidak selamat untuk bergantung kepada keterangan saksi utama pendakwaan dan keterangan dibawah Seksyen 27 Akta Keterangan atas penemuan mayat-mayat tersebut juga tidak boleh diterima kerana pihak polis terlebih dahulu menjumpai mayat-mayat tersebut dan bukan ditunjukkan oleh kesemua OKT,” katanya dalam prosiding pendengaran keputusan kes di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan, kelima-lima mereka didakwa membunuh K. Thinesh, M. Tansewaran dan P. Kartisan antara pukul 6 pagi hingga 11 malam di atas bukit dalam kawasan kebun kelapa sawit di Jalan Seremban-Mantin pada 25 Februari 2015.

Pertuduhan ke atas mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan bermula Januari 2020, sebanyak 20 orang saksi termasuk Pakar Patalogi dan Antropologi Forensik Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pakar Forensik Hospital Tuanku Ja’afar telah dipanggil untuk memberi keterangan.



Dalam kes tersebut, Selvakumar diwakili peguam, Datuk KL Chee, Sureshkannah dan Thanabalan diwakili peguam, Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris, manakala Veeramuthu dan Rajasakanan pula diwakili peguam, Paul Krihsnaraja dan Amy Chong.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central



Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker