SAKITNYA SAKARATUL MAUT
SAKITNYA SAKARATUL MAUT
Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan kematian seorang pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia USIM sewaktu beliau sedang menyampaikan kuliah subuh di sebuah surau. Detik-detik kematiannya terakam dalam video yang telah pun tular. Subhanallah! Begitu mudahnya beliau pergi mengadap Ilahi apalagi dalam keadaan yang sangat baik pemergiannya.
Sememangnya saat sakarat adalah waktu yang paling kritikal bagi setiap orang yang ingin berpindah dari alam dunia kepada alam barzakh begitu kata Mohammad Halmi Jaafar, Pengarah & Motivator G-Hard Motivation and Training.
Sebelum penghijrahan bermula, setiap manusia (jasad) akan melalui beberapa proses bagi memastikan bahawa ia benar-benar telah berpindah antara dua alam antaranya tidak ada tindak balas terhadap stimulus external secara keseluruhan. Tidak ada pergerakan otot terutama pernafasan, tidak ada tindak balas (reflex) manakala ensafalogram (gel otak) dalam keadaan mendatar.
Apabila sudah jelas keadaan ini berlaku, bermakna seseorang itu sedang mengalami proses sakaratul maut menuju ke alam barzakh. Penghijrahan ini akan ditempuh oleh setiap makhluk yang hidup tidak kiralah dia siapa.
Namun apa yang membezakan kita semua adalah cara bagaimana penghijrahan itu berlaku (roh keluar dari jasad). Ada yang mudah penghijrahannya sebagaimana yang dialami pensyarah tersebut. Sebaliknya ada juga yang sukar menanggung derita. Walau apa pun, semuanya ditentukan melalui amalan yang kita lakukan di dunia, kerana dunia adalah medan mencari bekalan untuk akhirat.
Proses menghadapi kematian adalah satu proses yang boleh jadi mudah dan boleh jadi sukar. Ada yang menanggung sakarat hingga berminggu-minggu lamanya dan ada juga yang hanya seketika sahaja.
Itu semua bergantung pada amalan seseorang. Adapun detik sakarat tidak boleh dikira dengan ukuran waktu dunia. Contohnya kita tidur selama lima minit tetapi dalam tempoh lima minit itu seakan kita tidur berjam-jam lamanya. Seolahnya kita dibawa meneroka ke banyak tempat. Itulah tempoh masa rasanya sakarat.
Manakala keluarnya roh dari jasad pula melalui tiga kaedah, iaitu ditarik dari bawah ke atas, itu merupakan proses biasa dalam kematian. Selain itu dari atas ke bawah dan yang ketiga direntap dengan kuat.
Tatkala roh keluar dari bawah ke atas ia bermula melalui kaki dan naik menuju kepala. Ketika roh mula bergerak, kaki mula menggeletar dan menjadi lurus kejang. Kemudian ia naik ke perut hingga perut kelihatan turun naik dengan kencang.
Apabila roh sampai ke dada ia akan mula merengus-rengus seperti nafasnya tersekat sepertimana sabda Baginda s.a.w.
“Sakarat ini ibarat dada dihimpit dengan sesuatu yang sangat berat hingga tidak mampu nak menjerit.”
Jika dikata semput sukar untuk bernafas, itu hanyalah lima peratus sahaja. Itu pun sudah terasa sakit dan begitu seksa. Sedangkan keadaan sakarat itu lebih teruk lagi dari semput. Bahkan Baginda s.a.w. menyatakan lagi bahawa sakit sakarat ini seperti duri yang ada di dalam perut. Apabila ditarik duri itu pasti ada urat dan daging yang terlekat pada duri tersebut. Itulah azabnya sakarat.
Tambahnya lagi, “saya pernah berhadapan dengan seorang yang sedang menghadapi sakarat. Keadaannya ketika itu cukup menakutkan. Saya dapat melihat sendiri bagaimana perjalanan roh yang bermula dari kakinya yang normal lalu terlunjur kaku. Seketika kemudian apabila rohnya sampai di kemaluan, ia mula terkencing dan terberak kerana menahan kesakitan.”
“Sejurus itu pula apabila sampai di bahagian pinggang, perutnya kelihatan bergelombang naik dan turun dengan begitu cepat. Seusai sampai di dada, ia terasa sukar untuk bernafas seperti dadanya dihimpit dengan sesuatu hingga berbunyi rengusan yang kuat. Dan tatkala roh sampai di kerongkong ia terasa haus yang sangat. Dan itulah saat ajalnya tiba.”
Imam Hassan iaitu saudara kepada Imam al-Ghazali mengatakan sepertimana yang diceritakan oleh Imam al-Ghazali, terdapat satu kisah bagaimana seseorang lalu di kawasan perkuburan dan memohon kepada Allah agar dihidupkan semula orang yang telah mati untuk mengetahui sakitnya sakarat. Dengan izin Allah orang yang telah mati bangkit hidup semula lalu berkata,
“Aku telah berada di sini selama 50 tahun dan sakitnya sakarat yang ku alami terasa hingga sekarang walaupun aku dah mati selama 50 tahun”
SAKITNYA SAKARATUL MAUT
Baca Artikel Menarik:
- Sanusi ada penyakit lambat mengaku
- ‘Janda notieeeee’ kejar ‘Gift’ di TikTok, belanja penonton tengok ‘aset’
- Bulu kaki Masya Masyitah pulak jadi hal
- Wanita India suap pesakit Melayu makan bukti perpaduan wujud [VIDEO]
- Sekumpulan lelaki merusuh di Pandan Indah [VIDEO]
- Mati ditembak selepas makan di kebun
- FAM sahkan penolong jurulatih Selangor FC dibelasah
- Puteri Sarah Hantar Bunga Minta Maaf Dekat Syamsul?
- Umno akan buktikan Tuan Ibrahim salah – Rafizi
- Dua isu panas gugat peluang PN di Kedah
- Tiba masa PAS akan ‘tikam Bersatu’
- ‘Makan kenduri Umno, masuk neraka’
- Anwar maklumkan Tesla beli kompleks besar di Cyberjaya sebagai ibu pejabat
- Selepas pendedahan Menteri KDN, Sanusi akhirnya akui pernah temui suspek pencuri nadir bumi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen