Orang Borneo bukan komuniti tinggal atas pokok

Orang Borneo bukan komuniti tinggal atas pokok

SETELAH hampir 61 tahun pembentukan Malaysia, jurang perpaduan antara masyarakat di Semenanjung dan Borneo masih ketara.

Biarpun hanya terpisah oleh Laut China Selatan, namun masih ada yang tidak mengetahui tentang kewujudan etnik di Borneo. Bahkan, ada yang me­nyangka bahawa etnik pribumi Sabah dan Sarawak merupakan sebagai sebahagian daripada rakyat Indonesia.



Pada program Perarakan Budaya Borneo yang berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur Sabtu lalu, ada peserta perarakan tersebut yang mendakwa mereka disuruh ‘pulang’ ke negara asal.

Difahamkan, kejadian itu tercetus kerana pihak tersebut menganggap bahawa individu tersebut adalah migran.

Kata-kata itu memberi kesan besar kepada masyarakat pribumi Borneo yang berstatus bumiputera.

Untuk pengetahuan, Perarakan Budaya Borneo merupakan salah satu aktiviti Borneo Native Festival (BNF) anjuran Persatuan Sukaseni Kuala Lumpur.



Ia disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya serta Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Ekonomi.

Ia bagi memperkenalkan etnik dan suku kaum di Borneo kepada orang awam bersempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai pada minggu ini.

Menurut Pengarah BNF, Rafie Syazwan Arpandi, situasi itu merupakan pengalaman biasa yang dialami warga Borneo.

“Ada sesetengah orang yang beranggapan kami masih tinggal di atas pokok. Ada juga yang merasakan pakaian tradisional kami itu sekadar kostum ta­rian. Masih ada yang ingat kami orang Indonesia.



“Agak menyedihkan sebenarnya memandangkan kita sudah hampir 61 tahun bersama dan memegang MyKad warna sama,” katanya kepada Kosmo!.

Mengikut data, penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi, manakala penduduk Sarawak pula terdiri daripada 27 kumpulan etnik. Etnik-etnik tersebut dibahagi dengan suku kaum tertentu mengikut kawasan.

Tambah lelaki berketurunan Bajau Suluk itu, pengetahuan tentang masyarakat di Borneo perlu diperluaskan dalam usaha membantu kelestarian budaya tradisi agar tidak ditelan dek zaman.

“Sabah ada banyak lagi etnik dan bukan hanya Kadazan-Dusun. Di Sarawak juga lebih daripada sekadar etnik Iban.



“Saya berharap kerajaan selami lagi sub-sub etnik ini dan perkenalkan kepada masyarakat luar sebagai penge­tahuan am,” katanya.

Setakat 2022, terdapat lebih kurang 250,000 komuniti Borneo direkodkan menetap di Semenanjung untuk mencari rezeki. Angka itu sentiasa bertambah memandangkan Kuala Lumpur merupakan lubuk rezeki buat semua.

Tambah Rafie, kerajaan wajar meningkatkan penglibatan warga Borneo dalam pelbagai aspek bagi membantu mengatasi masalah diskriminasi yang dialami warga Borneo di tanah air sendiri yang disebabkan oleh kekeliruan identiti.

“Oleh kerana kebanyakan borang hanya menyatakan tiga kaum utama, keadaan ini menyebabkan ramai tidak menge­tahui tentang kami.



“Tapi isu bukan tentang borang, ia berkenaan penglibatan kami dalam silibus pendidikan, acara seni, sukan serta kempen perpaduan,” ujarnya. K Online

Orang Borneo bukan komuniti tinggal atas pokok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker