Wanita terperangkap dalam lumpur ketika cari siput

LANGKAWI – Seorang wanita yang terperangkap setengah jam dalam lumpur ketika mencari siput di Titi Lagun, di sini pada Jumaat berjaya diselamatkan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Langkawi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 4.48 petang dan sepasukan anggota bersama jentera dari BBP Langkawi bergerak ke lokasi.

Wanita tersebut diserah kepada KKM dan dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk pemeriksaan lanjut. Foto JBPM
Wanita tersebut diserah kepada KKM dan dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk pemeriksaan lanjut. Foto JBPM

Menurut Ketua Balai Bomba Daerah Langkawi, Sallehuddin Darawi, sebalik tiba di lokasi, pegawai operasi mendapati wanita berusia 32 tahun terperangkap sehingga paras pinggang sedang berusaha untuk keluar dari dalam lumpur namun gagal.



“Anggota bomba menggunakan tali yang diikat pada badan berjaya menarik wanita itu ke atas darat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Sallehuddin, wanita tersebut diserah kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk pemeriksaan lanjut.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali



Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker