Shuib dedahkan majlis pernikahan dengan Watie dapat tajaan hampir RM2 juta

KUALA LUMPUR – Majlis pernikahan pelakon, pelawak dan penyampai radio popular Shuib bersama tunangnya, Watie Hanifiah pada 23 Jun ini mendapat tajaan hampir RM2 juta.

Shuib yang bakal melangsungkan perkahwinan Putra Glass Hall, Putra Height, Selangor itu berkata, tajaan tersebut merangkumi lokasi majlis, makanan dan barangan kemas.

“Untuk penajaan, membabitkan majlis khatam al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih sekitar RM1.7 juta termasuklah barangan kemas.



“Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” katanya.

Dalam pada itu Shuib menjelaskan, dia dan Watie sebulat suara untuk memilih tidak mengadakankan majlis persandingan sebaliknya hanya majlis pernikahan.

“Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.

“Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya mahu majlis inj menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya yang hanya mengundang 600 orang tetamu pada hari bahagianya.



Dalam pada itu, Shuib memanjatkan rasa syukur apabila dia akan kembali bergelar seorang suami selepas hampir dua tahun menduda.

“Saya bersyukur tetapi dalam masa sama berdebar kerana jodoh telah tiba dan Allah mempertemukan saya dengan wanita yang tepat.

“Watie seorang wanita yang baik dan ikhlas sukakan anak-anak saya. Perkara itu yang membuka hati saya kepadanya,” tutur Shuib yang merupakan bapa kepada empat orang anak.

Selain itu, majlis pernikahan tersebut akan ditayangkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis serta perjalanan cinta Shuib dan Watie, Walimatulurus Shuib dan Watie.



Program sebanyak tiga episod itu akan menemui penonton secara esklusif bermula 24 Jun, 9 malam di Astro Ria.

Terdahulu, pasangan Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Shuib sebelum ini berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker