Fizo Omar akui masih bangkrap dengan jumlah RM8 juta

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsikan isunya diisytiharkan muflis masih belum selesai meskipun sudah 9 tahun berlalu.

Memetik Xtra, Fizo berkata sehingga hari ini dia masih lagi bankrap dengan jumlah yang sama iaitu sebanyak RM8 juta.

“Saya masih lagi bankrap dengan jumlah yang sama. Dah masuk tahun ke-9 saya diisytiharkan bankrap. Tapi saya sentiasa percaya, apa sahaja semangat yang saya ada sekarang adalah hasil daripada dugaan tersebut



“Sebagai manusia biasa, bila kita ‘tersepit’, kita akan cari jalan bagaimana untuk berjaya,” katanya.

Meskipun berdepan masalah tersebut, Fizo berkata kehidupannya kini bertambah baik serta meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang tidak putus diberikan kepadanya.

“Pada saya, status bankrap masih lagi ada, bernilai jutaan ringgit tapi Alhamdulillah, Tuhan datangkan rezeki yang berlainan kepada saya hingga hari ini.

“Kehidupan saya juga bertambah baik, bahagia bersama keluarga dari segi rezeki keluarga, kerjaya, perniagaan, syukur rezeki tidak putus.



“Perkara tersebut buatkan saya keluar daripada zon selesa saya dan berusaha membina perniagaan saya sehingga saya rasa kehidupan kini lebih baik,” katanya.

Untuk rekod, Fizo diisytihar bankrap sejak tahun 2014 akibat ditipu ketika menjadi pengarah di sebuah syarikat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker