Micheal Ang Luah Kesan Sampingan Covid
Micheal Ang Luah Kesan Sampingan Covid
Kesan daripada dijangkiti Covid-19 atau dikenali dengan ‘Long Covid’ akan dialami oleh sesiapa sahaja yang pernah terkena virus tersebut. Ia akan mengambil masa berminggu malah sehingga bertahun.
Walaupun Covid-19 sudah tiada di dalam badan, namun kesan sampingan yang bakal terjadi akan dirasai oleh semua yang pernah dijangkiti Covid-19 itu. Antara kesan sampingannya ‘Long Covid’ adalah kerosakkan paru-paru, gangguan tidur, masalah ingatan, gangguan kesihatan mental dan sistem kekebalan tubuh menjadi lemah.
Micheal Kongsi Kesan Sampingan Yang Dirasainya Selepas 2 Kali Kena Covid-19
Baru-baru ini, di laman instagram milik Micheal Ang, dia berkongsikan apa yang dirasainya selepas terkena virus Covid sebanyak dua kali. Dia juga ingin bertanya kepada pengikutya di media sosial tersebut, jika mereka juga mengalami perkara yang sama selepas terkena virus tersebut.
“Ever since kena covid 2 kali n both time tak ada symptoms yang teruk2, but lepas recovery i rasa ada perubahan besar. Cepat penat, tak boleh tidur more then 8 jam, lupa2 ingat mana letak benda dan lepas makan aje terus mengantuk. dan paling teruk sakit-sakit badan bila terketuk benda ke or langgar benda. Sesiapa ada masalah ni?”-kata Micheal
“Sesiapa bekas covid survivor ada rasa macm ni tak? or just because the tua? hahahah”-tanya Micheal
Baca Artikel Menarik:
- Bella Astillah mahu jadi ‘penyondol’
- Zizie Izette payung gambar selepas ‘Workout’, boleh buat Bung Moktar tak keruan
Anak Sulung Harris Annuar & Asha Merican, Aura Medina Namanya
Rata-rata netizen juga meluahkan perkara yang sama mereka alami selepas dijangkiti virus tersebut. Pelakon Scha Alyahya juga tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen pada pertanyaan tersebut.
“Faktor umur tu Mike”-kata Scha
“Pasal lupa tu memang teruk juga, dia jadi cam bengong2 sikit. nak amik something dah pegi tempat tu pastu tak ingat nak amik apa. Pastu patah balik dua tiga kali sebab tak ingat.”-kata mereka
“Betul tu, simptom saya macamnie jugak, hampir 2 bulan takde bau dan rasa . makan masa juga nak pulih”-tambah mereka
Apa-apa pun, kesan sampingan selepas terkena jangkitan tersebut sangat perlu dirisaukan, dan jika ia masih melarat pastikan berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih lanjut.
Baca Artikel Menarik:
- Empat lelaki terlibat kes curi lembu ditahan
- Minta tolong pun berkira, lelaki bunuh saudara isteri
- Gambar Elon Musk menari dengan ‘robot isteri’ palsu
- Anak Sulung Harris Annuar & Asha Merican, Aura Medina Namanya
- Amelia Christie rangkul lengan sasa Sharnaaz Ahmad
- MB Perak jawab esok dakwaan hilang sokongan ADUN
Anak Che Ta, Aaisyah Dhia Rana selamat jalani pembedahan Supernumerary
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.