Kenyataan Beraya Dengan Syamsul Diputar Belit Blogger Tempatan

Syafiq Yusof Kesal – ‘Saya Akan Ambil Tindakan’

Kenyataan Beraya Dengan Syamsul Diputar Belit Blogger Tempatan

Kenyataan Beraya Dengan Syamsul Diputar Belit Blogger Tempatan
Kenyataan Beraya Dengan Syamsul Diputar Belit Blogger Tempatan

Pengarah, Syafiq Yusof meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan tidak bertanggungjawab segelintir blog yang memutar belit kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini berhubung isu beraya dengan abangnya iaitu Syamsul Yusof.

Rasa kesal

Kenyataan Beraya Dengan Syamsul Diputar Belit Blogger Tempatan

Ketika ditemui Oh Bulan!, Syafiq berkata, disebabkan itu, dia kini lebih memilih untuk mengunci mulut dan enggan mengulas sebarang isu berkaitan Syamsul.

Saya minta maaf, saya tak boleh komen apa-apa. Sebelum ini saya ada cakap yang saya nak beraya dengan abang saya tapi keluar cerita kata saya nak beraya dengan orang lain (merujuk Ira Kazar).

Ada pula pihak-pihak yang reka cerita datang entah dari mana, benda yang tak ada pun tiba-tiba ada. Sampai saya rasa bila saya cakap macam itu.


Baca Artikel Menarik:

Anak Sulung Harris Annuar & Asha Merican, Aura Medina Namanya


Syafiq berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui Malam Gala Polis Evo 3 yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Justeru, anak kepada pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam itu berharap agar orang ramai tidak mudah mempercayai blog yang tidak dikenali terutama yang menyebarkan berita palsu mengenai dirinya.

Saya harap orang jangan percaya dengan blog-blog yang tidak dikenali dan pelik-pelik di laman Facebook. Pusing cerita itu satu hal, selepas itu reka pula cerita itu memang fitnah.

Harap benda itu tidak berlaku. Kalau teruk sangat saya akan ambil tindakan. Macam saya kata sebelum ini, setiap keluarga itu ada masalah dia masing-masing. Cuma keluarga saya ini dikenali sahaja.


Baca Artikel Menarik:

Anak Che Ta, Aaisyah Dhia Rana selamat jalani pembedahan Supernumerary

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker