Gagal jadi Presiden UMNO punca KJ berdendam pada Zahid, Najib dan UMNO

Parti-parti lain akan fikir berkali-kali untuk menerima KJ dalam parti mereka. Beliau dilihat akan mengigit tangan yang memberinya makan.

Oleh Norzahira

SIKAP bongkak dan sombong Khairy Jamaluddin bukan lagi rahsia. Ketika dalam UMNO beliau kerap mengkritik parti sendiri dan lebih menyebelahi parti lawan terutamanya PKR dan DAP. Ramai yang berpendapat tindakan memecat KJ merupakan langkah tepat memandangkan KJ tidak pernah berjiwa UMNO.

Sebelum ini KJ bertahan berada dalam parti tertua di negara kita dengan harapan beliau akan menjadi Presiden UMNO sebagai batu loncatan ke jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Namun impian KJ musnah apabila dipecat dari parti. Semasa kempen pilihan raya umum ke-15, KJ memberi ucapan tentang menjadi reformis dalam Umno yang telah “sesat”. Ucapan terbabit disifatkan sebagai serangan terbuka terhadap UMNO dan melanggar disiplin parti. Perkara tersebut dikatakan punca utama KJ dipecat.

Dalam rakaman podcast keluar sekejap, KJ bersama Shahril Hamdan membangkitkan soalan-soalan provokatif yang mereka sendiri jawab. Soalan dan jawapan mereka menampakkan rasa benci dan marah yang memuncak kepada Zahid, Najib dan UMNO.

Soalan provokatif itu sebenarnya dilihat sebagai suara hati KJ dan Shahril. Mereka seolah-olah menghasut Anwar Inrahim agar mengenepikan BN dari kerajaan perpaduan.

Menurut KJ, tanpa BN, Anwar masih PM ke 10 kerana sokongan GPS dan GRS. Anwar masih ada 118 kerusi majoriti mudah. KJ umpama menasihati Anwar yang jadi PM kerajaan majoriti lemah itu tidak mendatangkan masalah.

Memetik hantaran di Facebook Puad Zarkashi, Adakah itu pandangan ke depan KJ untuk memastikan wujud kerajaan yang lebih stabil. KJ macam suka kerajaan bertukar tangan lagi. Agaknya dia mencari jalan pintas untuk politiknya.

Tetapi apa yang mahu dihairankan dengan KJ. Dia bercakap soal “kos politik”. Apakah kos kerajaan majoriti lemah lebih baik? Apakah kerajaan majoriti lemah tidak terdedah dengan ugutan?

Dia menganggap Anwar jadi tebusan Zahid. Dia mengandaikan Anwar berkata “enough is enough. Saya tidak mahu jadi tebusan Wak Zahid. Saya cukup tanpa UMNO. Segalanya terpaksa dihalalkan”.

Apa yang dihalakan? Apakah pengampunan diraja haram? Apakah lantikan politik GLC pun haram? UMNO tidak buat perjanjian bertulis isu pengampunan untuk tubuh kerajaan.

Bercakap soal halal, kenapa KJ bersekongkol menghalakan penggantungan parlimen dan kerajaan darurat oleh Muhyiddin. Negara lain tidak buat masa COVID-19. Tidak mendesak pun.

KJ dakwa soalannya, soalan budak nakal. Dia bukan nakal. Dendamnya belum habis. Dia gagal kalahkan Zahid. Dia gagal jadi Presiden. Dia terlepas peluang jadi PM umur 40 tahun. Kini naratif KJ ialah asalkan bukan UMNO.

Sikap pendendam KJ akan menjadi punca beliau lenyap dari persada politik negara. Parti-parti lain akan fikir berkali-kali untuk menerima KJ dalam parti mereka. Menantu Pak Lah itu dilihat akan mengigit tangan yang memberinya makan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker