Siapa yang Sanusi dakwa dalang cuba singkirkan beliau dari Majlis Kewangan Negara?

Adakah beliau maksudkan Sultan Kedah?

Oleh Norzahira

KINI KEDAH kecoh apabila Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa ada usaha terancang untuk menyingkirnya sebagai Menteri Besar yang mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara.

Keanggotaan Majlis Kewangan Negara termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Majlis Kewangan Negara perlu diketuai Perdana Menteri atau mana-mana menteri dilantik, manakala setiap negeri diwakili individu diperkenan Sultan atau Yang di-Pertua Negeri.

Oleh itu, tiada sesiapa melainkan Sultan Kedah seorang yang berkuasa melantik wakil Kedah. Persoalannya, adakah Sanusi mendakwa sesuatu yang tidak baik terhadap Sultan Kedah sendiri?

Keadaan di Kedah tidak stabil sekiranya Sultan Kedah dan Menteri Besarnya tidak mengekalkan hubungan baik antara mereka. Walaupun Sanusi enggan mendedahkan pihak didakwa mengetuai gerakan itu, ramai meneka Sanusi mensasarkan Sultan Kedah sendiri. Persoalannya adakah ianya benar?

Beliau menegaskan ada usaha menamakan Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Norizan Khazali sebagai penggantinya dalam Majlis Kewangan Negara.

Sanusi turut mendakwa, gerakan itu bertentangan dengan konvensyen Majlis Kewangan Negeri yang dipengerusikan Perdana Menteri, diurus selia Menteri Kewangan dan dianggotai Jemaah Menteri serta wakil negeri dalam kalangan Menteri Besar atau Ketua Menteri sebelum ini.

Kononnya kelantangan beliau mengkritik Kerajaan Persekutuan mencetuskan gerakan tersebut. Mungkinkah Sanusi berhalusinasi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker