Konflik kepentingan hakim jadi perhatian rakyat

Rata-rata rakyat Malaysia berdoa agar permohonan Semakan Kehakiman yang dibuat oleh Najib berjaya. Sudah terlalu lama beliau menjadi mangsa penganiayaan.

Oleh Norzahira

ISU konflik kepentingan melibatkan dua hakim yang mengetuai perbicaraan dan rayuan kes SRC International Najib Razak menjadi tumpuan rakyat ketika ini ekoran permohonan Semakan Kehakiman yang dibuat oleh Perdana Menteri ke 6 itu.

Dalam permohonan semakan tersebut, Najib berhujah bahawa hakim perbicaraan Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang telah dinaikkan dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan, berada dalam konflik kepentingan apabila mendengar dan memutuskan kes SRC International pada Julai 2020.

Hakim Nazlan didakwa sedar bahawa Maybank Investment (satu entiti Kumpulan Maybank) dan BinaFikir (satu lagi entiti Kumpulan Maybank) telah menasihati 1MDB dalam perkara berkaitan penubuhan SRC International.

Konflik kepentingan itu timbul kerana peranan Nazlan sebagai peguam am Maybank sebelum ini.

Permohonan semakan Najib juga menyasarkan tiga keputusan lain iaitu

1. keputusan yang menolak permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan untuk mengukuhkan dakwaannya terhadap Nazlan

2. keputusan menolak permohonan untuk menangguhkan pendengaran rayuan supaya peguamnya mempunyai lebih banyak masa untuk menyediakan rayuan

3. keputusan menolak permohonannya untuk menyingkirkan Tengku Maimun dari panel hakim atas dakwaan konflik kepentingan.

Pasukan pembelaan Najib mendakwa pihak pendakwaan dan Nazlan menyembunyikan keterangan daripada pembelaan, menjurus “pelanggaran keadilan yang teruk” terhadap Najib.

Mereka juga berhujah tindakan pendakwaan tersebut bertentangan “dengan kepentingan keadilan”.

Peguambela turut mendakwa, Nazlan sendiri “sengaja gagal mendedahkan peranan dan pembabitannya” dalam Maybank Investment Bank, yang terlibat dalam menubuhkan SRC melalui Bina Fikir Sdn Bhd.

Kumpulan Maybank menerima bayaran RM800,000 daripada 1MDB untuk perkhidmatan mereka, menurut hujahan itu.

Selain itu, kedudukan Nazlan sebagai peguam am Maybank dan setiausaha syarikat Maybank bermaksud beliau mempunyai “pengetahuan sebenar” atau “konstruktif” membabitkan pinjaman RM140 juta kepada Putra Perdana Development.

Afidavit sokongan Najib menunjukkan Nazlan mengambil bahagian dalam “perbincangan dan membuat keputusan” berkaitan kemudahan pinjaman RM4.17 bilion diberikan kepada 1MDB bagi perolehan Tanjong Energy.

Oleh itu, hakim Nazlan berpotensi menjadi saksi dalam kes SRC International.

Dengan itu, kemungkinan Nazlan mungkin tidak “berat sebelah atau bebas”, yang mana “menjejaskan secara teruk” hak Najib mendapat perbicaraan adil maka wujud unsur konflik kepentingan.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Najib juga mencabar penolakan mahkamah atasan, pada 23 Ogos, berhubung permohonan menyingkirkan Tengku Maimun daripada mendengar rayuan terakhirnya.

Tengku Maimun tidak sepatutnya mendengar dan memutuskan usul penarikan diri itu, yang melibatkan dirinya.

Perkara ini “mewujudkan campur tangan tidak wajar dalam perjalanan keadilan kerana ada kemungkinan hakim tidak cukup objektif untuk mengetahui sama ada berlaku berat sebelah,”.

Tengku Maimun sepatutnya menarik diri, mengambil kira suaminya, Zamani Ibrahim, sebelum ini memuatnaik hantaran dalam media sosial “mempunyai sentimen negatif” terhadap Najib dengan mengaitkan bekas perdana menteri itu atas kerugian 1MDB.

Secara relatifnya Najib perlu dilepaskan dengan segera memandangkan beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Rata-rata rakyat Malaysia berdoa agar permohonan Semakan Kehakiman yang dibuat oleh Najib berjaya. Sudah terlalu lama beliau menjadi mangsa penganiayaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker