Polis ugut tahan saya, kata pengerusi PAC

Polis ugut tahan saya, kata pengerusi PAC

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh kesal dengan tindakan polis yang tidak memberi laluan kepadanya dan beberapa ahli PAC ke bangunan Parlimen bagi menghadiri prosiding bersama Kementerian Kesihatan (KKM), pagi tadi.

Katanya, polis menyekatnya dan beberapa ahli PAC lain yang ingin menuju ke bangunan Parlimen walaupun mempunyai surat panggilan mesyuarat ditandatangani setiausaha Dewan Rakyat.

“Perkara sama berlaku ke atas beberapa ahli PAC yang turut berhadapan sekatan jalan raya walaupun kami mempunyai surat panggilan mesyuarat yang ditandatangani setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan mengenai mesyuarat jawatankuasa ini.

“Malah, anggota polis turut mengugut untuk menahan saya sekiranya tidak beredar dari tempat sekatan jalan raya dalam tempoh dua minit,” katanya dalam kenyataan.

Wong berkata, selepas campur tangan pihak pengurusan Parlimen, ahli PAC termasuk beliau yang terkandas di sekatan jalan raya akhirnya dibenar ke bangunan Parlimen.

“Tindakan sebegini adalah ‘uncalled-for’ (tidak patut) dan merupakan satu ancaman terhadap peranan kami selaku Ahli PAC.

“Ia bertentangan dengan usul yang memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga laluan masuk dan keluar untuk Ahli-ahli Parlimen hadir ke sebarang mesyuarat di Parlimen yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada setiap pembukaan penggal, dan juga menyalahi Seksyen 124 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, polis melakukan beberapa sekatan jalan raya menuju ke bangunan Parlimen pagi tadi bagi menghalang peserta perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang diketuai Anwar Ibrahim yang membantah penangguhan dua minggu sidang khas Dewan Rakyat.

Dalam perkambangan sama, Wong berkata, menerusi prosiding perolehan vaksin Covid-19 dan penggunaannya terhadap rakyat, PAC hari ini memanggil Kementerian Kesihatan yang dihadiri Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, Ketua Setiausaha KKM, Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dan Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr Roshayati Rusli.

“Prosiding berlangsung selama hampir tiga jam setengah bermula 10.30 pagi dan ia prosiding keempat selepas prosiding bersama Kementerian Kewangan pada 28 Julai 2021.

“PAC akan berbincang mengenai laporannya dan mengemukakan rumusan serta syor kepada Kerajaan mengenai isu ini sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya dalam sidang Parlimen Oktober nanti,” katanya. FMT

Polis ugut tahan saya, kata pengerusi PAC


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker