Resepi tauhu kukus sedap serta khasiatnya

Resepi tauhu kukus sedap serta khasiatnya

Jom kita tengok dulu khasiat tauhu.

1. Meningkatkan pengeluaran tenaga



Idea Resepi Tauhu Jepun Ringkas, Enak, Penuh Berkhasiat
Resipi Tauhu Begedil & Kuah Hitam Manis Mesti Cuba!
Tauhu merupakan sumber zat besi yang baik. Tiap 100 gram tahu menyediakan 30% daripada yang diperlukan badan per hari. Zat besi dalam tauhu ini bersatu dengan hemoglobin di dalam badan yang membantu proses pemulihan dan pelepasan oksigen ke seluruh tubuh yang kemudian menghasilkan tenaga baru. Mineral ini diperlukan tubuh agar zat besi boleh bekerja baik di dalam sel darah merah.

2. Mencegah penyakit jantung

Pelbagai kajian dalam beberapa tahun terakhir telah menunjukkan bahawa pengambilan rutin protein soya yang terkandung dalam tauhu dapat membantu menurunkan LDL (kolesterol buruk) tanpa menurunkan HDL (kolesterol baik) yang menyebabkan penurunan risiko penyakit jantung.

3. Membantu menurunkan berat badan



Tinggi protein membuat perut tidak cepat merasa lapar. Juga, sifat rendah kalori (kira-kira 80 kalori dalam 100 gram) tidak menambah kalori tambahan untuk menu diet anda.

4. Mencegah osteoporosis

Tauhu juga boleh menjadi sumber yang kaya kalsium bergantung pada penggunaan dalam pembuatan (seperti kalsium sulfat yang digunakan oleh pengeluar tauhu). Hal ini membantu melindungi penyakit seperti kelemahan tulang, rheumatoid arthritis dan osteoporosis. Penyelidikan baru juga menunjukkan bahawa isoflavon dalam makanan soya boleh mengukuhkan ketumpatan (kepadatan tulang). Ini boleh membuat tauhu berguna dalam menangkis penyakit tulang pada wanita post menopause.

5. Masalah rambut gugur



Rambut memerlukan banyak protein kerana hampir 97% pertumbuhan rambut datang dari protein. Jika tubuh badan anda kekurangan protein, maka tubuh anda akan mengambil protein dari sumber yang lain, salah satunya adalah rambut anda. Tidak hairan jika rambut mudah patah, kering dan gugur. Kerana itu sangat disarankan pengambilan protein yang mencukupi setiap hari. Tubuh anda memerlukan protein untuk pertumbuhan semula, maka jangan abaikan nutrisi ini.

6. Anti-penuaan

Manfaat lain dari makan tauhu kerap ialah ia melambatkan proses penuaan dengan ketara. Tauhu membantu mengekalkan keanjalan kulit dan nada otot muka yang seterusnya menghalang penuaan. Membuat pes tauhu dan diletakkan pada muka juga merupakan idea yang baik kerana ia menyuburkan kulit.

Bagi yang sedang berdiet tetapi ingin menikmati juadah yang enak, resepi tauhu kukus ini wajib anda cuba! Hidangan ini sangat sedap dan mudah untuk disediakan.



BAHAN-BAHAN:

2 keping tauhu lembut
1 batang – daun bawang
| hiris halus
1 sudu besar udang kering
| cincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil kicap cair
2 ulas- bawang putih
| cincang halus
5 sudu besar minyak masak
Bawang goreng secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:

Letakkan tauhu di atas pinggan dan kukus selama 7 minit
Keluarkan tauhu dan buang airnya dan sapukan dengan sos tiram dan sejukkan.
Panas kan minyak masak di dalam kuali,tumis bawang putih dan udang kering hingga kekuningan
Angkat dan letakkan di atas tauhu tadi bersama minyak bijan, kicap cair,bawang goreng serta 1 sudu minyak bawang tadi dan taburkan dengan daun bawang. Hidangkan.



Resepi tauhu kukus sedap serta khasiatnya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh



Gadis bertumbuk berebut teman lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker