Tak daftar masuk tempat kerja – dikompaun RM7500

Tak daftar masuk tempat kerja - dikompaun RM7500

Tak daftar masuk tempat kerja, 5 pekerja bengkel dikompaun RM7,500

Lima pekerja sebuah bengkel kereta di Batu Kikir, dekat Jempol, Negeri Sembilan masing-masing dikompaun RM1,500 kerana gagal mendaftar masuk ke premis kerja mereka hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook berkata, pasukan petugas pemantauan SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 melakukan pemeriksaan di premis itu kira-kira 11.15 pagi tadi.

Katanya, lima pekerja lelaki berusia 23 hingga 33 tahun itu tidak mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera atau buku pendaftaran yang disediakan di tempat kerja mereka.

“Semuanya dikenakan kompaun gagal mematuhi SOP PKP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dipetik Utusan Malaysia dalam kenyataan. FMT

Tak daftar masuk tempat kerja, 5 pekerja bengkel dikompaun RM7,500


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kena Kompaun RM45000 Sebab Kemaruk Nak Sambut Raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker