Pemimpin APEC kecuali Putin mula tiba di San Francisco

Pemimpin APEC kecuali Putin mula tiba di San Francisco

SAN FRANCISCO: Seramai 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mula tiba di San Francisco bagi menghadiri mesyuarat kali ke-30 forum antara kerajaan itu yang dijadual berlangsung dari 14 hingga 17 November.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada 9.37 malam (Waktu Standard Pasifik), semalam di San Francisco bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) pertamanya.

Pemimpin Vietnam, Peru, Filipina dan Indonesia pula dijadual tiba pada hari ini, manakala pemimpin dari Korea Selatan, Chile, Brunei, Kanada, Australia, Colombia dan Mexico akan tiba esok.

Sementara itu, kehadiran Presiden China Xi Jinping dan pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di luar mesyuarat itu bagi mencari jalan mengatasi kekusutan dalam hubungan dua hala antara kedua-dua kuasa besar itu juga menjadi tumpuan.

Rumah Putih telah mengesahkan pertemuan antara pemimpin-pemimpin itu akan berlangsung esok.

Moscow sebaliknya menghantar Timbalan Perdana Menteri Russia, Alexei Overchuk bagi mewakili Putin. Agensi Berita Interfax melaporkan bahawa Putin secara peribadi memutuskan bahawa Overchuk, 58, akan mengetuai delegasi Russia. Sejak pencerobohan Ukraine oleh Russia, Putin dipulaukan oleh pemimpin Barat termasuk AS.

Dalam pada itu, pemimpin Hong Kong John Lee tidak akan menghadiri acara itu dan sebaliknya beliau akan diwakili Setiausaha Kewangan Hong Kong Paul Chan Mo-po.

APEC adalah forum antara kerajaan membabitkan 21 ekonomi yang mempromosikan perdagangan bebas di seluruh rantau Asia-Pasifik. Sebagai Pengerusi APEC bagi 2023, AS akan menjadi tuan rumah AELM untuk kali ketiga.

Kali ini San Fransciso dipilih sebagai lokasi mesyuarat, selepas Pulau Blake pada 1993 dan Honolulu (2011). San Francisco merupakan pusat komersial, kewangan dan kebudayaan California Utara.

Kawasan Bay Area di San Francisco menempatkan sebilangan besar syarikat Fortune 500 terbesar di dunia seperti Tesla, Uber, Salesforce, Pixar, Netflix, Lucasfilm Ltd, Levi Strauss, dan beberapa firma inovatif terkemuka dalam pembangunan AI, bioteknologi, perisian, teknologi bersih dan media sosial.

Pada tahun ini, Biden akan mempengerusikan AELM dan mengetuai perbincangan dengan Pemimpin APEC mengenai pengukuhan hubungan ekonomi; meningkatkan keterangkuman dan kelestarian; serta mengukuhkan daya tahan dan kompleksiti ekonomi selaras dengan tema APEC 2023, “Creating a Resilient and Sustainable Future for All”.

AELM ke-30 dijangka menerima pakai Deklarasi Gerbang Emas 2023 (2023 Golden Gate Declaration) Pemimpin APEC.

AS dan Malaysia adalah antara 12 pengasas awal APEC termasuk Australia, Brunei, Kanada, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand.

China, Hong Kong, Taiwan, Mexico dan Papua New Guinea pula menyertai kerjasama ekonomi itu pada 1993, diikuti Chile pada 1994, manakala Peru, Russia dan Vietnam pada 1998 menjadikan keahlian penuh kepada 21. BH

Pemimpin APEC kecuali Putin mula tiba di San Francisco

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker