Joanna Yu langgar akta BAFIA dan bersubahat dengan Jho Low aniaya Najib
Oleh Norzahira
BUKAN lagi rahsia Datuk Seri Najib Tun Razak dianiaya secara tersusun dalam gerakan yang diatur secara besar-besaran melibatkan banyak agensi yang dirancang oleh musuh politik beliau.
Ketakutan terhadap kemaraan beliau membangunkan negara mengatasi bekas-bekas Perdana Menteri terdahulu menyebabkan pemimpin yang bercita-cita untuk merampas jawatan tersebut mahu menyekat Najib dari terus menjaga kepentingan rakyat dan membawa negara maju mengatasi negara-negara Asean yang lain.
Perbuatan ini memang sangat tidak bertanggungjawab. Kerakusan kuasa mengatasi rakyat dan negara. Sebagaimana yang kita tahu, Najib dinafikan perbicaraan yang adil. Beliau dikhianati dan dianiaya.
Memetik sumber, dalam perbicaraan #1MDB hari ini, Joanna Yu bukan saja didapati melanggar akta BAFIA sepertimana tertera di surat pemecatannya, tetapi dia juga jelas bersubahat dengan Jho Low untuk mengelak siasatan ke atas akaun DS Najib Razak.
Menurut sumber tersebut lagi, di dalam satu bukti perbualan BlackBerry Messenger (BBM), Joanna mengajar muslihat kepada Jho Low supaya menggunakan matawang British Pound apabila membuat pemindahan wang ke akaun Najib supaya dapat mengelakkan siasatan bank Wells Fargo, yang secara prosedurnya akan menyiasat semua transaksi dalam mata wang US Dollar.
Persoalannya, mengapa mahkamah menolak saman Najib ke atas Ambank dan Joanna sedangkan bukti jelas menunjukkan pelanggaaran undang undang, subahat dan jenayah oleh Joanna Yu?
Malah sumber turut melaporkan bahawa Joanna juga bersetuju dengan Tan Sri Shafee yang duit derma dari Saudi itu adalah milik Najib, dan ia adalah hak Najib untuk menggunakannya atau memulangkannya kembali kepada penderma. Ia tidak langsung melanggar undang undang.
Ini merupakan antara bukti nyata Najib dianiaya.
You must be logged in to post a comment.