Danish Iskandar tak puas hati dapat 4A

Danish Iskandar tak puas hati dapat 4A

Pelakon remaja, Danish Iskandar Muhammad, 18, akur dengan keputusan 4A diperolehnya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini walaupun gagal mencapai sasaran 7A yang diimpikan.

Danish ketika dihubungi berkata, dia memang tidak berpuas hati dengan pencapaiannya itu, namun reda kerana sudah membuat yang terbaik ketika menduduki peperiksaan SPM pada awal Mac lalu.

“Saya mengambil sembilan mata pelajaran dalam SPM untuk kelas Sains Tulen dan mensasarkan 7A untuk keputusan hari ini. Bagaimanapun, rezeki saya hanya dapat capai 4A saja dan lulus semua mata pelajaran.

“Selepas ini, saya juga bercadang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan atau teknologi maklumat (IT) apabila harapan untuk mengikuti bidang perubatan nampaknya tidak kesampaian,” katanya yang enggan berkongsi dia memperoleh A dalam mata pelajaran apa.

Katanya, semua itu masih dalam perancangan dan belum ada kata putus dibuat. Apatah lagi, kini dia juga semakin aktif dalam kerjaya seni dan bidang peragaan.

Ditanya sama ada sasarannya tidak tercapai disebabkan aktif berlakon, Danish berkata, ada kemungkinan juga dan bukan mudah untuk dia mengikuti pelajaran secara dalam talian dari rumah berikutan penularan Covid-19, tahun lalu.

Sementara itu, bapanya, Muhammad Burhanudin berkata, dia tetap bangga dengan keputusan SPM diperoleh Danish kerana yakin pelakon drama Shah Alam 40K di TV3 itu sudah membuat yang terbaik.

“Saya sendiri sudah melihat kepayahan dan cabaran dihadapinya ketika belajar secara ‘online’ tahun lalu.

“Apa yang pasti, sebelum keputusan SPM diumumkan lagi, saya sudah berbincang dengan Danish apa hala tuju dia seterusnya pada masa akan datang dan kami akan melakukannya bersama ,” katanya.

Danish yang mengikuti uji bakat drama Budak Hostel terbitan Radius One baru-baru ini pernah terpalit kontroversi apabila membintangi siri bertemakan gay berjudul Stay Away From Me, tahun lalu. HM

Danish Iskandar tak puas hati dapat 4A


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker