Azalina tegur Ismail Sabri, takkan nak tukar peguam negara pun tak boleh

Pelantikan Peguam Negara (AG) adalah atas nasihat perdana menteri harus melantik orang dia untuk mudahkan segala urusan, kata Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman.

Berucap pada majlis Taklimat Khas Presiden Umno di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur hari ini, Azalina berkata bahawa sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri perlu melantik daripada “orang dia “untuk memudahkan urusan.

“Pelantikan peguam negara adalah atas nasihat PM dan PM harus melantik orang dia sebagai peguam negara untuk mudahkan segala urusan.



“Jika kuasa penukarkan AG di tangan PM, mengapa PM tidak menukarkan AG, malah ia adalah bidang kuasa PM.

ADS

“Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar AG pun tak boleh,” katanya bersambut sorakan kuat daripada para hadirin.

Walaupun, Azalina tidak menyebut nama, para hadirin menjerit ‘Ismail Sabri perlu tukar AG’.

Taklimat khas hari ini adalah solidariti kepada bekas perdana menteri Najib Abdul Razak yang kini di penjara di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi hukuman 12 tahun dalam Kes SRC International Bhd.



Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno menuduh Ismail Sabri sebagai tidak bersungguh-sungguh dalam kes Najib.

Malah, beberapa sumber mendakwa bahawa ada pihak dalam Umno juga meminta Ismail supaya menukar Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat dan Peguam Negara Idrus Harun.

Tengku Maimun dilantik sebagai ketua hakim ketika pemerintahan Pakatan Harapan, sementara Idrus dilantik oleh Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung



Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker