Mungkinkah selepas ini, Anwar PM, KJ TPM

Oleh Nurzahira

BUKAN lagi rahsia, sejak dahulu lagi Khairy Jamaluddin (KJ) sangat rapat dengan PKR terutamanya Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar. Walaupun sebelum ini KJ dalam UMNO namun tindak tanduk beliau lebih cenderung kepada PKR. KJ tidak pernah teragak-agak menghentam pemimpin UMNO seolah-olah beliau menjadi juru cakap PKR.

Kini setelah KJ dipecat dari UMNO kerana tindakan melampau beliau memburukkan parti dan Presiden semasa kempen PRU15 disamping memfitnah wujudnya pengundi hantu semasa PAU UMNO 2022, beliau dilihat sudah tidak sabar-sabar menyertai parti pujaan KJ sejak dahulu iaitu PKR.



KJ sendiri mengaku sudah dihubungi Perikatan Nasional (PN) serta Pakatan Harapan (PH) berhubung kemungkinan untuk beliau menyertai parti berkenaan.

Jika KJ memilih sertai PKR, mungkinkah selepas ini Anwar Perdana Menteri manakala KJ pula Timbalan Perdana Menteri?

Sebagaimana yang kita tahu, hubungan Anwar dan Rafizi berada dalam keadaan yang sangat teruk. Kemunculan KJ dalam PKR mungkin merupakan perkara yang dinanti-nantikan oleh Anwar bagi mengantikan Rafizi yang bukan lagi “orang” kepercayaan Anwar.

Seterusnya, sudah tentu ini akan menjadi laluan mudah bagi KJ untuk menjadi Perdana Menteri yang merupakan cita-cita beliau selama ini.



Selama ini KJ bertahan berada dalam UMNO walaupun langsung tidak mempunyai jiwa UMNO dengan harapan ianya akan menjadi laluan pasti untuk menjadi Perdana Menteri. Kini beliau telah dipecat dari UMNO setelah mensabotaj parti tersebut dengan sangat melampau pada PRU15 maka pilihan terbaik untuk KJ adalah dengan menyertai PKR. Dan jawatan yang KJ perlu sasarkan dalam masa terdekat adalah TPM.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker