Datuk, ahli sindiket dadah terbesar Sabah akan dituduh

Datuk, ahli sindiket dadah terbesar Sabah akan dituduh

Ahli Perniagaan bergelar Datuk yang mendalangi sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah dan beberapa suspek lain akan dituduh dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan polis juga masih dalam proses mengesan aset lain milik sindiket terbabit.

“Kita sudah dapat keputusan dan akan tuduh mereka dalam masa terdekat.

“Proses mengesan aset lain milik suspek juga masih berjalan termasuk beberapa akaun sudah dibekukan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk yang mendalangi sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah dalam siri serbuan.

Lelaki berusia 40 tahun itu turut menaungi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melindungi kegiatan haramnya sejak 2015.

Malah, sindiket berkenaan juga dikesan melakukan pengubahan wang haram melalui pelbagai perniagaan mewah yang dijalankan ahli sindiketnya termasuk syarikat minyak dan gas serta rangkaian restoran.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sebelum ini berkata, ketua sindiket itu antara 10 individu ditahan JSJN Bukit Aman dan pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam serbuan di Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna pada jam 2.30 pagi. HM

Datuk, ahli sindiket dadah terbesar Sabah akan dituduh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

Lorong Haji Taib semakin bersih dan tidak semeriah dahulu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker