Syamsul Yusof pilih untuk kunci mulut, hanya kongsi foto dua anak

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof terus mengambil pendekatan berdiam diri meskipun isteri pertamanya, memfailkan perceraian terhadapnya hari ini.

Tidak menjawab panggilan telefon dan pesanan mesej media, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof bagaimanapun sempat memuat naik video pendek dalam Instagram dirinya sedang komited menjalani penggambaran filem terbaharunya, The Original Gangster.

Filming (sedang menjalani penggambaran filem). #theoriginalgangster #OG,” tulisnya sebagai kapsyen video memaparkan dirinya sedang sibuk di lokasi penggambaran filem tersebut.

Kosmo! Online cuba mendapatkan keterangan daripadanya berhubung tuntutan cerai dilakukan isteri, Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin siang tadi namun setakat ini, tidak berbalas.

Sementara itu, menerusi InstaStory Syamsul, 39, berkongsi gambar dua cahaya mata tersayang hasil perkahwinan Sarah dengan tulisan berbunyi: “Always (emoji berbentuk hati)”

Terdahulu, selepas empat tahun bergelut mempertahankan rumah tangga, Sarah, 38, memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Kehadirannya di mahkamah turut ditemani dua adiknya dan peguam syarie yang mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader.

Sejak awal tahun lalu, kisah rumah tangga pasangan berkenaan menjadi bualan hangat ramai selepas Sarah mendedahkan diganggu oleh orang ketiga.

Kemelut rumah tangga mereka semakin memuncak apabila Syamsul mendedahkan sudah bernikah di dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu pelakon senior, Kazar Saisi.

Pendedahan tersebut mengundang reaksi negatif daripada orang ramai termasuk ibu bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail yang tidak merestui perkahwinan kedua anak sulungnya itu.

Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker