Buaya gergasi 1.2 tan ditembak di Lahad Datu
Buaya gergasi 1.2 tan ditembak di Lahad Datu
LAHAD DATU: Seekor buaya jantan sepanjang hampir lima meter berjaya ditembak mati sebelum bangkainya dibawa naik ke darat dalam kejadian di Kampung Desa Bajau, di sini pada Isnin.
Reptilia dianggarkan seberat 1.2 tan itu itu berjaya ditangkap selepas hampir lima jam Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) melakukan operasi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad, Datuk Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kehadiran haiwan reptilia itu pada jam 4.38 petang.
“Sebanyak tiga kali percubaan untuk menangkap buaya tersebut tetapi tidak berjaya kerana saiznya yang terlalu besar, hampir lima meter panjang dan dua meter lebar dengan berat 1.2 tan.
“Operasi menangkap haiwan ini dilakukan bersama JHL Lahad Datu dan akhirnya berjaya ditangani pada jam 8.50 malam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Sementara itu, Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, pihaknya terpaksa melepaskan tujuh das tembakan untuk menangkap buaya tersebut.
“Buaya itu kemudian ditarik oleh anggota APM dan penduduk kampung serta dibawa ke perumahan Hidupan Liar untuk dilupuskan,” katanya.
JHL Sabah sebelum ini turut merekodkan buaya terbesar sepanjang 5.3 meter berjaya ditangkap pada September tahun lalu. Sinar
Buaya gergasi 1.2 tan ditembak di Lahad Datu
Baca Artikel Menarik:
- Biodata Amir Hamzah Azizan
- Pembantu MB Selangor akan didakwa berkait hantaran tuju Yang di-Pertua Melaka
- Khaled terkejut bertukar portfolio
- Komitmen terlalu tinggi hingga terlupa nak kahwin
- Saya ditempatkan di asrama perempuan
- Angeline Tan rasa tenang di Tanah Suci
- Alif Satar dedah sebab anjur #GengSubuhMacamJumaat
- PM bukan Melayu, Polis mulakan siasatan terhadap Kit Siang
- Doktor tidak profesional diberi teguran oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak
- Ajal terkena renjatan elektrik ketika buat sarang burung layang-layang
- Akauntan disyaki dibunuh, mayat ditemui di tepi jalan
- Sokong Anwar, Rosol dakwa masih setia dengan Bersatu
- Sokongan terhadap Anwar! Murshidul Am beri peringatan tentang ‘baiah’ wakil rakyat
- Buka aib sendiri, boleh ke?
- Mimi Lana, Syafiq Kyle jadi kahwin tak?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja
You must be logged in to post a comment.