Lantikan Zulkapli dan Johan sebagai KPPA, KSP baharu diperkenan Agong

MOHD. Zuki Ali (tengah) bersama Zulkapli Mohamed (kiri) dan Johan Mahmood Merican – FB TAN SRI MOHD. ZUKI ALI

Datuk Dr. Zulkapli Mohamed dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam baharu manakala Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan berkuat kuasa 27 Februari 2023.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan ini. Tahniah dan syabas atas pelantikan ini,” katanya dalam kenyataan.

Dr. Zulkapli, 58, telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 31 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 Disember 1992.

Beliau mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah yang ditamatkan perkhidmatan pada 12 Disember lalu.

Johan, 50, pula sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan.

Beliau menggantikan Datuk Seri Asri Hamidon yang dilantik pada 2020 sebelum dicutikan pada Disember lalu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker