Anak lelaki wanita Kristian suka mendengar azan (Video)

Anak lelaki wanita Kristian suka mendengar azan (Video)

Seorang ibu yang juga penganut agama Kristian terkejut apabila melihat kelakuan anak lelakinya yang suka mendengar azan yang dibuka dalam telefon bimbit.

Malah, yang menghairankan ibu kanak-kanak itu ialah anaknya akan menangis setiap kali dia menutup laungan azan yang sedang didengarnya.

Anaknya hanya akan berhenti menangis apabila dia memasang semula azan berkenaan.

Menurut perkongsian di akaun Tik Tok milik ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan, @mamiyzio, dia dilihat bertanya kepada anak lelakinya kenapa dia suka mendengar azan.

“Kenapa adik suka mendengar Allahuakbar? Suka dengar azan?

“Kita Kristian dik, adakah aku perlu sedih atau bangga?,” katanya menerusi kapsyen yang ditulis di video berkenaan.

Rakaman video yang tular dengan jumlah tontonan sebanyak 24.5 juta dan 1.2 juta tanda suka itu dipercayai berlaku di Indonesia.

Video berdurasi dua minit dan 29 saat yang dimuat naik itu berjaya mencuri tumpuan netizen yang tersentuh hati melihat kelakuan baik kanak-kanak itu.

Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dan membanjiri ruangan komen dengan ucapan serta kata-kata yang baik.

“Allahuakbar, walaupun agama Kristian tetapi adik ini minat mendengar azan. Alhamdulillah syukur,” kata @yakuza_reetakka.

“MasyaAllah, semoga Allah membimbing dia dan keluarganya,” kata @xbunga.

“Jika Allah berkehendak tiada siapa yang dapat menghalangnya,” kata @danial_fieq.

“MasyaAllah, semoga menjadi anak yang berbakti dan patuh kepada keluargamu, kami semua menyayangimu,” kata @rizkisetiawan1845.

Sementara itu, video berasingan di akaun yang sama memaparkan rakaman video wanita itu menyuap makanan kepada anak lelakinya sambil membuka laungan azan.

Menerusi kapsyen yang ditulis, katanya dia tidak kisah membuka laungan azan, yang penting anaknya mempunyai selera untuk makan. BH

Anak lelaki wanita Kristian suka mendengar azan (Video)

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Parti lain tak minta pun pemimpin letak jawatan lepas kalah PRU

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sayang abang haji Zul

Senaman terbaik untuk hubungan seks

Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker