Marah jaminan RM2b dibatalkan, Guan Eng ‘serang’ Tengku Zafrul

Lim Guan Eng memohon Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menimbang semula keputusan kerajaan membatalkan jaminan pinjaman kepada Asian Development Bank (ADB) berjumlah RM2 bilion.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, kerajaan negeri Pulau Pinang mampu membayar pinjaman yang dilakukan yang mana pada akhirnya kerajaan persekutuan tidak perlu membayar hutang itu yang akan digunakan untuk pelaksanaan projek infrastruktur.

“Kerajaan persekutuan harus memudahcara dan bukan membantutkan pembangunan negeri Pulau Pinang atas alasan politik, apabila dana pinjaman ini datang daripada ADB, dan akan diuruskan, ditadbir and dipantau secara profesional oleh institusi kewangan bertaraf antarabangsa seperti ADB,” katanya dalam satu kenyataan sambil menyifatkan kerajaan persekutuan mengamalkan politik dendam.

Berikutan itu Guan Eng mempersoalkan mengapa Tengku Zafrul enggan meluluskan jaminan sebanyak RM2 bilion kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedangkan beliau meluluskan pinjaman berjumlah RM1.5 bilion kepada anak syarikat kerajaan negeri, Penang Development Corporation (PDC) pada 2018 ketika menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank

“Adalah dikesali bahawa Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional masih bermain politik balas dendam dan hasad dengki ke atas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Harapan(PH) dengan membatalkan jaminan pinjaman sebanyak AS$500 juta (RM2 bilion) kepada permohonan pinjaman RM2.04 bilion oleh kerajaan Pulau Pinang bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT),” ujarnya.

Guan Eng yang merupakan bekas Menteri kewngan berkata, sekiranya benar ADB bersedia memberikan pinjaman sedemikian, ia adalah berdasarkan kemampuan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membayar balik pinjaman ini.

Tambah beliau, daripada aspek kewangan tidak ada sebab mengapa jaminan kerajaan persekutuan kepada pinjaman bank tidak boleh diluluskan.

“ADB bukanlah institusi kewangan calang-calang yang memberi pinjaman sesuka hati tetapi adalah bank pembangunan antarabangsa yang terkenal dengan urustadbir baik dan memenuhi prinsip ketelusan dan akauntabiliti,” ujarnya.

Tambah beliau, ADB hanya akan memberi pinjaman untuk projek seperti pengangkutan dan komunikasi sekiranya penilaian terperinci mereka membuktikan peminjam mampu membayar balik hutang tersebut.

Jelasnya, Pulau Pinang mempunyai prestasi baik dalam pengurusan kewangan dengan pujian setiap tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Tambah beliau, Pulau Pinang mencatatkan rekod cemerlang dalam pengurusan hutang dengan pinjaman terendah di antara semua negeri di Malaysia sebanyak RM57.83 juta pada 2018 dengan aset hampir RM2 bilion.

“Atas prestasi kewangan inilah, jaminan kerajaan negeri Pulau Pinang mencukupi untuk menyakinkan CIMB memberikan pinjaman bank sebanyak RM1.5 bilion kepada PDC, yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri,” katanya sambil menambah sehingga kini PDC tidak bermasalah membayar balik pinjaman itu. MG

Projek LRT Penang: Maaf, Kerajaan pusat tak jamin pinjaman negeri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker