Gesaan Zahid berundur buat MCA, MIC tersingkir dari kabinet perpaduan?
KUALA LUMPUR: Tiada wakil daripada parti MCA dan MIC dalam kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong sebelum ini dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dalam kerajaan terdahulu manakala Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan menjadi Menteri Sumber Manusia.
Ada yang mengatakan ini adalah kesan daripada gesaan kepada Zahid yang diminta berundur daripada Pengerusi BN sebelum ini
Anwar mengumumkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan manakala Ahli Parlimen Batu Gajah yang juga wakil DAP, Sivakumar Varatharaju dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia.
Dua kementerian digabungkan menjadi satu kementerian iaitu Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Kementerian itu kini dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang akan diterajui Nik Nazmi Nik Ahmad.
Anwar juga tidak mewujudkan jawatan Menteri Tugas-tugas Khas.
Secara keseluruhannya, Anwar mengumumkan 28 menteri dan majlis angkat sumpah akan berlangsung pada Sabtu di Istana Negara pada jam 3 petang. – Sinar Harian
You must be logged in to post a comment.