Anugerah Perdana Belia Negara 2022: Kerajaan Umum 7 Kategori Anugerah Baharu

Anugerah Perdana Belia Negara 2022: Kerajaan Umum 7 Kategori Anugerah Baharu

Bagi menghargai peranan dan sumbangan belia dalam pelbagai bidang di negara ini, kerajaan mengumumkan akan memperkenalkan tujuh anugerah baharu dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bagi tahun ini.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan Perutusan Khas sempena Hari Belia Negara 2022 hari ini.

“Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan kategori anugerah baharu dalam Anugerah Perdana Belia Negara pada tahun ini sebagai inisiatif menyuntik semangat golongan belia untuk terus menyumbangkan bakti kepada pembangunan negara.

“Sebanyak tujuh anugerah baharu pencarian ikon belia yang cemerlang dalam kategori dipertandingkan bagi tahun 2022 iaitu Ikon Belia Karismatik, Ikon Belia Kelestarian Alam, Ikon Belia Reka Tekno, Ikon Belia Influencer (Media Sosial), Ikon Belia Sanjungan Budi, Ikon Youth-Biz dan Ikon Belia OKU,” katanya yang disiarkan secara langsung hari ini.

Malah jelasnya lagi bermula pada tahun ini, Anugerah Perdana Belia Negara akan dilaksanakan dalam majlis khusus yang penuh gemilang dan penggunaan logo tetap sambutan Hari Belia Negara, sebagai komitmen kerajaan mengiktiraf pelaksanaan program yang meraikan golongan belia negara.-AA

Anugerah Perdana Belia Negara 2022: Kerajaan Umum 7 Kategori Anugerah Baharu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker