Annuar Musa Patuh Cakap Muhyiddin Daripada Cakap Parti

Oleh Norzahira

SEBENARNYA kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke 14 dan 15 membongkar hipokrasi yang bersarang dalam diri sesetengah pemimpin UMNO BN.

Beberapa pemimpin yang lantang bersuara telah dikenalpasti sebagai “Maharaja Hipokrit”. Antaranya Tan Sri Annuar Musa.



Masihkah anda ingat bagaimana Annuar Musa menuduh Anwar Ibrahim menguasai UMNO kerana terdapat ura-ura BN akan sertai kerajaan Pakatan Harapan (PH)?

Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa Umno menyokong BN mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan diterajui Perikatan Nasional bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

Memetik hantaran di Facebook Puad Zarkashi, UMNO tidak pernah lupa sejarah UMNO duduk dalam kerajaan Muhyiddin. Tidakkah Muhyiddin menguasai MP UMNO. Beliau melantik Menteri UMNO tanpa peduli hirarki UMNO. Malah Annuar turut menjadi Menteri juga.

Dan yang paling tragis, Annuar Musa patuh cakap Muhyiddin daripada cakap parti. Dia pertahankan keputusan Muhyiddin istihar darurat dan gantung Parlimen.



Malah Annuar Musa berkomplot menentang keputusan Perhimpunan Agong. Beliau cuba halang parti keluar dari kerajaan PN. Annuar Musa mahu Muhyiddin kekal jadi PM.

Beliau juga cuba menghalang Parlimen bubar awal sebelum pemilihan parti bagi membolehkan beliau dan sekutunya menang pemilihan parti ketika mereka masih menjadi Menteri.

Naratif mereka sekarang ialah “No Anwar No Dap”. Padahal tular video Annuar yang kata, apa salahnya bekerjasama dengan DAP. Dia juga mempertahankan “MOU dengan DAP” bila Ismail Sabri jadi PM.
Apakah itu bukan bersekongkol dengan DAP?

DAP dapat peruntukan sama banyak dengan MP BN. Bahkan dia kata MOU itu tidak ada had masa. Kalau batalkan MOU itu, BN boleh disaman. Begitu sekali dia suka DAP.



Tambah hipokrit, bila Annuar mendesak pemimpin parti jangan tembak kaki sendiri. Tetapi sekarang setiap hari dia tembak kaki sendiri. Ini semua kempen pemilihan parti.

Dia salahkan Presiden. Apa kurangnya dia. Dia juga punca kekalahan kerana tidak patuh keputusan parti. Benarkah di malam terakhir wujud perundingan agar dia jadi calon PN di Ketereh? Jangan hipokrit.

Lontaran yang dibuat oleh Puad Zarkashi ada asasnya. Annuar Musa pengkhianat parti yang lebih patuh kepada Muhyiddin daripada parti sendiri. Dia bagaikan gunting dalam lipatan.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker