Tiada JDT tiada liga, tiada duit untuk hak penyiaran buat pasukan – TMJ

Tiada JDT tiada liga, tiada duit untuk hak penyiaran buat pasukan – TMJ

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa bahawa Harimau Selatan mengukuhkan nilai komersial industri bola sepak Malaysia.

Ia berdasarkan nama besar dan beberapa kejayaan yang dimiliki Harimau Selatan, sekali gus turut memberi kesan kepada nilai komersial liga tempatan.

Tunku Ismail menerusi satu komen di laman Instagram rasmi kelab, officialjohor semalam, menjelaskan bahawa perkara itu adalah fakta yang sebenar.

“Tiada JDT tiada liga, tiada duit untuk hak penyiaran buat pasukan, tiada penuhkan stadium pasukan lain, tiada fasiliti terbaik buat pasukan kebangsaan, tiada kelab Malaysia di Liga Juara-Juara Asia dan tiada berita”.

“JDT mengukuhkan nilai komersial industri bola sepak Malaysia. Fakta,” kata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Komen itu dibuat Tunku Ismail selepas laman Instagram rasmi JDT berkongsi artikel yang menyatakan bahawa perlawanan membabitkan Harimau Selatan mengungguli rating tontonan di semua platform Astro.

Perkara itu tidak dinafikan dan buktinya juga boleh dilihat dengan jumlah penonton yang hadir ke stadium akan meningkat apabila membabitkan aksi JDT walaupun mereka beraksi di gelanggang lawan.

Jadi, berkemungkinan bahawa nama dan nilai komersial yang dimiliki JDT menjadi daya penarik kepada penyokong pasukan lain untuk ke stadium apabila pasukan mereka berdepan Harimau Selatan. BH

Tiada JDT tiada liga, tiada duit untuk hak penyiaran buat pasukan – TMJ

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker