Adakah Hishamuddin Berpakat Dengan Muhyiddin ‘Cross’ Ismail Sabri?

Terlalu berdendam kerana tidak dapat menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika peralihan kuasa dari Mahathir kepada Muhyiddin di penggal yang lalu dikatakan mungkin antara faktor Hisham mengambil keputusan meninggalkan Ismail Sabri dengan melarikan beberapa ahli parlimen BN untuk menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke 10. Adakah benar desas desus tersebut?

Hisham dikatakan melihat peluang yang amat terbuka di depan mata apabila keputusan PRU 15 menyebabkan BN diperlukan bagi pembentukan kerajaan baharu. Hisham dilihat tiada di dalam ranking kepimpinan UMNO dan BN untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana beliau tidak bertanding sewaktu pemilihan UMNO yang lalu.

Jika Hisham lambat bertindak dengan menggunakan alasan ‘No Dap dan No Anwar’ maka Hisham tidak akan berpeluang sampai bila-bila kerana pengaruh Ismail semakin kuat.

Dengan jawatan tersebut, Hisham mempunyai peluang cerah untuk bertanding jawatan Presiden diketika Zahid semakin lemah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker