Nga Kor Ming kekal terajui DAP Perak


Ipoh: Gandingan dua sepupu, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham mengekalkan teraju kepimpinan DAP Perak bagi pemilihan Jawatankuasa Negeri Perak 2021 pada Konvensyen DAP Perak ke-19, hari ini.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu bersama-sama bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) 2009 yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, mendapat undi tertinggi dengan jumlah yang sama iaitu 1,228 undi.

Untuk rekod, Nga menjadi Pengerusi DAP negeri sejak 2014 selama tiga penggal memandangkan pemilihan dalam tempoh tiga tahun sekali.

Turut mendapat undi yang tinggi sebagai ahli jawatankuasa negeri itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari (1,224), Adun Sungkai, A Sivanesan (1,223) dan Adun Pantai Remis Wong May Ing (1,220).

Dalam pada itu, Ngeh yang pernah berkhidmat sebagai Speaker DUN Perak sewaktu kerajaan Pakatan Harapan, pula mendapat 1,216 undi.

Gandingan Nga-Ngeh ini berjaya menahan asakan kem Kula-Su melalui bekas Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su (Keong Siong) yang masing-masing tumbang dengan mendapat hanya 540 dan 550 undi.

Pagi tadi, kem Kula-Su mendakwa wujud unsur ‘pengundi hantu’ semasa pemilihan selain tempoh pengundian yang tiba-tiba dilanjutkan. HM

Nga Kor Ming ‘Ejen’ Perpecahan, Berhenti Berlakon Kononnya Pejuang Kebangsaan – Saarani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker