Mas Ermieyati bagus, kalau jumpa guru, paling kurang dapat RM1000- pengundi Masjid Tanah
Oleh Nurul Aisyah
RATA-rata rakyat Malaysia mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan membelanjakan RM500 bilion ketika pandemik COVID-19, dua tahun lalu.
Ada suara-suara nakal mendakwa Muhyiddin menyeleweng wang tersebut untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15). Apa yang pasti, perbelanjaan tersebut dilihat tidak masuk akal.
Rakyat melihat bagaimana calon-calon Perikatan Nasional (parti Muhyiddin) membelanjakan wang dengan sangat mewah ketika berkempen PRU15.
Menurut sumber, calon Parlimen Masjid Tanah yang juga Penyandang kerusi Parlimen tersebut, Datuk Mas Ermieyati Samsudin “menabur” duit kepada para pengundi.
“Mas Ermieyati bagus, kalau jumpa guru, paling kurang dapat RM1000”, menurut sumber yang enggan namanya didedahkan.
Apa yang kita cuba ketengahkan adalah dari mana parti Muhyiddin mendapat dana yang begitu besar sedangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) hanya merupakan parti baru yang tidak mempunyai ramai ahli pun.
Oleh itu, SPRM diminta menjalankan siasatan terperinci terhadap Muhyiddin Yassin kerana didakwa membelanjakan RM500 bilion ketika pandemik COVID-19, dua tahun lalu.
Jika ada penyelewengan, tindakan sewajarnya perlu dilakukan.
Rakyat diminta bijak membuat keputusan demi kestabilan dan kemakmuran. Jangan jadikan wang yang ditaburkan tersebut kekangan untuk membuat pilihan yang terbaik untuk negara.
You must be logged in to post a comment.