Myvi rempuh 6 motosikal dekat Mersing

Myvi rempuh 6 motosikal dekat Mersing

ENAM buah motosikal yang diparkir tepi jalan rosak selepas dirempuh sebuah Perodua Myvi di hadapan sebuah pasar raya dekat Jalan Abu Bakar, Mersing, 2.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuning berkata, kemalangan terbabit turut melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Camry.

Beliau berkata, kereta Myvi yang dipandu seorang lelaki berbangsa Cina itu dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum hilang kawalan lalu merempuh motosikal terbabit.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemandu Myvi telah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik untuk membuat laporan bersama pemilik motosikal yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes kini disiasat dibawah Kaedah Keadah Lalulintas 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan yang dipandu dan menyebabkan kemalangan jalanraya.

Sehubungan itu, polis menasihati semua pihak agar berhati-hati ketika memandu khususnya di dalam kawasan bandar yang sesak dengan kenderaan serta tidak menyebarkan berita palsu mengenai kejadian berkaitan. Utv

Myvi rempuh 6 motosikal dekat Mersing


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker