Lelaki mengamuk halang jemaah solat tarawih ( Video)

Lelaki mengamuk halang jemaah solat tarawih ( Video)

Kajang: Seorang lelaki membuat kecoh dengan menghalang jemaah yang sedang mengerjakan solat tarawih di sebuah surau di Sungai Chua, di sini, semalam.

Tindakan lelaki itu turut dirakam menerusi beberapa rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam.

Difahamkan kejadian itu dipercayai berpunca daripada seorang lelaki yang mendakwa bunyi pembesar suara di surau berkenaan terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteramannya.

Berdasarkan rakaman video pertama berdurasi dua minit 20 saat yang tular itu, lelaki berkenaan dilihat gagal ditenangkan dan mula meninggikan suara sehingga berlaku pertengkaran antara mereka di luar kawasan surau terbabit.

Beberapa jemaah kemudian dilihat mengejar lelaki berkenaan yang kemudian berjaya meloloskan diri.

Dalam rakaman video kedua yang berdurasi 44 saat pula memaparkan pintu surau berkenaan yang dikatakan pecah serta rosak angkara lelaki terbabit. HM

Lelaki mengamuk halang jemaah solat tarawih ( Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker