Manifesto PN mengundang padah

Oleh Azrin Muhammad

DR. Afif Bahardin memancing undi dengan menawarkan manifesto kurang bijak kerana tidak mempedulikan masalah banjir di Shah Alam.

SHAH ALAM – Manifesto Perikatan Nasional (PN) yang memperuntukkan RM1 bilion sebagai dana khas pelancongan di Shah Alam dilihat satu tindakan kurang bijak dan mengundang padah.

Semalam, calonnya, Dr. Afif Bahardin membuat pengumuman mengenai peruntukan tersebut selepas melancarkan manifesto untuk Parlimen Shah Alam di SACC Mall tanpa menyedari pengundi setempat mengharapkan perkara lain.

Tidak guna peruntukan sebanyak itu digunakan untuk golongan sasar, sedangkan masalah banjir melibatkan hampir seluruh penduduk Shah Alam termasuk pengguna Lebuhraya Persekutuan tidak dipedulikan.

Fokus utama manifesto berkenaan adalah mewujudkan produk baharu pelancongan domestik bernilai tinggi.

Namun ia pastinya terbantut ekoran orang luar tidak berani masuk ke Shah Alam kerana banjir yang melanda Shah Alam sebelum ini sangat dahsyat.

Justeru itu, manifesto berkenaan tidak sesuai untuk diperjuangkan buat masa sekarang kerana berpotensi mengundang kerugian kepada pengusaha pelancongan setempat, khususnya dari segi logistik sekiranya Shah Alam ditenggelami air.

Alangkah baiknya sekiranya peruntukan itu digunakan untuk projek tebatan banjir secara besar-besaran yang akan memberi manfaat secara keseluruhan termasuk menyelesaikan masalah lalu lintas.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker