Isham Jalil Beri Prioriti Pada Masalah Penduduk Shah Alam
Oleh Rohana Man
SHAH ALAM : Calon Barisan Nasional (BN) P108 Parlimen Shah Alam, Hizatul Isham Abdul Jalil mahu menyelesaikan segera masalah penduduk yang diabaikan kerajaan negeri Selangor sejak sekian lama.
Peluang dan tawaran Isham Jalil itu dinyatakan dalam program Skop@PRU, Borak MG yang dikendalikan wartawan Malaysia Gazette, Haslina Ar Kamaludin baru-baru ini.
Dalam wawancara itu, Haslina melontarkan soalan, “Mampu atau tidak BN tawan Shah Alam”.
Berikut jawapan Isham Jalil.
Kempen saya adalah kempen positif. Ada tiga perkara yang saya nak buat untuk rakyat.
Perkara pertama yang saya nak buat adalah selesaikan masalah setempat.
Dahulu, kerajaan PH (Pakatan Harapan) menang besar. Menang sampai lebih 30,000 majoriti undi. 52 daripada 56 kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) mereka tawan.
Tetapi dah menang besar, mereka puas (complacent) dan tak layan rakyat. Nak jumpa wakil rakyat pun susah. Kena buat appointment. Bila dah menang besar, tak layan rakyat.
Masalah asas penduduk tak selesai. Saya pernah bawa masalah air, sampai kena saman dengan syarikat bekalan air Selangor.
Saya lawan di Mahkamah Tinggi, saya menang. Selangor ada isu air yang teruk. Ada kira-kira 400,000 penduduk menghadapi masalah bekalan air yang terputus. 260,000 daripada jumlah itu…, lebih separuh berlaku di Selangor.
Kata negeri maju tetapi masalah air tak selesai. Di Seksyen 17,18 dan Padang Jawa, ada banyak rumah bertingkat. Ada yang lima dan enam tingkat, tiada lif.
Bila tak ada air, penduduk mengadu. Turun naik tangga, macam mana? Itu jadi masalah.
Kerajaan Selangor kutip cukai, antara yang tertinggi di Malaysia.
Dulu…BN kutip cukai, RM500 juta sahaja. Bila mereka (PH) ambil alih pada 2008, cukai naik sampai RM3 bilion. Enam kali ganda naik. Bagi ‘gula-gula’, bayar RM300 sana…RM300 sini, tapi masalah asas tak selesai. Masalah air, jalan rosak…teruk.
Bila cukai naik, saya bawa isu ini. Cukai naik maka harga dan sewa rumah atau kedai di Selangor juga naik.
Kalau dah sewa kedai RM10,000 sebulan, berapa nak jual harga mi kari semangkuk? RM15 kena jual. Saya pergi PKNS hari tu, itu harga yang dijual untuk semangkuk mi kari.
Sebab apa? Sebab kerajaan Selangor naikkan premium pembangunan, tanah dan sebagainya.
Rumah di Shah Alam, purata harga RM600,000. Nak beli kena gaji RM11,000 sebulan. Ada anak muda yang gaji RM11,000 sebulan?
Harga pangsapuri pula purata RM400,000. Gaji kena RM8,000 sebulan. Sekarang tak ada kerja, tak ada gaji. Sebelum covid, jumlah tak ada kerja sekitar 300,000 orang. Selepas covid, 700,000 orang tak ada kerja. Kos sara makin hidup mahal.
Dengan masalah tak ada air, ini yang saya nak selesaikan.
PH kutip RM3 bilion, tapi kerja tak buat. Salah PBT dan ahli Parlimen. Tak ada semak dan imbang.
Cuba kali ini, letak ahli Parlimen BN. Tengok macam mana kami buat kerja. Saya dah biasa buat kerja-kerja kerajaan. 20 tahun, saya dalam kerajaan. Jadi, saya boleh bantu selesaikan.
You must be logged in to post a comment.