Jalan sekitar Shah Alam ditenggelami air

Oleh Azrin Muhammad

Kebanyakan jalan di Seksyen 18 ditenggelami air melebihi paras buku lali ekoran hujan lebat sekitar Shah Alam, petang tadi.

SHAH ALAM – Hujan lebat tidak sampai sejam, kebanyakan jalan raya sekitar Shah Alam khususnya Seksyen 18 dinaiki air melebihi paras buku lali kira-kira pukul 5 petang tadi.

Tinjauan dalam kalangan penduduk mendapati masalah tersebut sudah berlarutan hampir 15 tahun lalu ekoran pengurusan saliran yang tidak cekap.

Keadaan sedemikian boleh membahayakan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang terpaksa meranduk air berkenaan ekoran tidak mempunyai bahu jalan untuk berpatah balik.

Selain itu, kenderaan juga berpotensi untuk mengalami kerosakan sekiranya terlanggar lubang serta pelbagai jenis objek yang hanyut dalam banjir berkenaan.

Persoalan yang timbul apakah Khalid Abdul Samad tidak menyedari hal ini, sedangkan isu menangani banjir kilat sering diperkatakan sepanjang tiga penggal mengetuai pimpinan di Parlimen Shah Alam.

Hal ini membuktikan kerajaan yang dipimpin Khalid dari parti PAS dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini seperti tidak serius dan sambil lewa dalam usaha menunaikan tanggungjawab menyelesaikan masalah banjir.

Tidak boleh diterima dek akal jika penduduk perlu bergelumang dengan masalah banjir sepanjang 15 tahun, sedangkan pemimpinnya tidak berusaha menyelesaikan masalah.

Sudah tiba masanya pengundi Shah Alam membuat perubahan drastik untuk menumbangkan kerajaan PH sedia ada demi menjamin keselamatan penduduk setempat dan pengguna jalan raya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker