Guan Eng Pengkhianat, Sebar Fitnah Burukkan Malaysia Ke Luar Negara

Oleh Tun Teja

SELAMA ini rakyat Malaysia memang tahu Lim Guan Eng seorang yang tidak ada semangat patriotik. Beliau dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang menguris hati rakyat Malaysia dan orang Melayu khasnya.

Memetik satu video yang dimuatnaik di laman Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak, rakyat Malaysia dapat melihat dengan jelas bagaimana Lim Guan Eng menjaja fitnah terhadap negara kita kepada negara-negara luar.

Video ini adalah semasa Guan Eng memberi taklimat kepada media asing di Hong Kong mengapa Malaysia akan bankrap pada tahun 2019 dan masa depan negara adalah tidak menentu.

Datuk Seri Najib meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Lim Guan Eng tersebut. Beliau tidak faham mengapa anak Lim Kit Siang itu begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh mengumumkan fitnah tersebut kepada satu dunia.

Secara logiknya, mustahil pelabur akan memilih Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan untuk berniaga dengan negara yang bakal bankrap dengan masa depan yang tidak menentu.

Berdasarkan kenyataan media Lim Guan Eng yang dimuatnaik di portal DAP kita juga dapat melihat bagaimana Lim Guan Eng secara konsisten menburukkan nama Malaysia di luar negara. Kenyataan media tersebut diadakan di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 11 Januari 2012.

Menurut Lim Guan Eng, Malaysia akan muflis menjelang 2019. Negara berhutang penuh sebelum penghujung dekad pada kadar semasa peminjaman besar-besaran dan perbelanjaan tidak bertanggungjawab oleh Kerajaan BN.

Mungkin ini antara penyebab mengapa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan hanya meratib Malaysia bankrap sahaja. Rakyat disuruh ikat perut dan dipaksa rela menderma kepada kerajaan PH. Aset-aset negara dijual sesuka hati. Kebajikan rakyat terabai.

Dan yang paling sadis, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan kerajaan PH salah lapor angka baki tabung bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana salah titik perpuluhan.

Adakah keterujaan Lim Guan Eng memfitnah dan memburukkan Malaysia punca laporan “salah titik perpuluhan” tersebut? Angka tersebut bukan RM1.486 bilion sebaliknya hanya RM148.6 juta.

Rakyat melihat DAP dan PH secara relatif merupakan pengkhianat negara. Mereka sangat cenderung memfitnah dan memburukkan Malaysia didalam dan di luar negara. Tidak ada sebarang agenda PH yang benar-benar mahu menjaga kebajikan rakyat. Malah terbongkar manifesto Pilihan Raya PH bukan janji untuk ditepati kerana ianya bukan kitab suci PH. Semua janji PH hanyalah pembohongan semata-mata.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker