Hilman Calon PN Di Gombak

Oleh Tun Teja

KES Rogol yang sedang membayangi Setiausaha Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Selangor, Muhammad Hilman Idham tidak menghalang beliau dari bertanding di Gombak.

Kali ini Hilman dikatakan akan mengambil tempat Azmin Ali sebagai calon Parlimen Gombak. Suami Shamshida Taharin pula akan menjadi calon PN di Parlimen Shah Alam.



Hilman lebih sesuai bertanding di Gombak berbanding Azmin Ali memandangkan Azmin kini tidak disukai penduduk Gombak. Banyak janji-janji yang Azmin beri pada penduduk di Parlimen tersebut namun beliau gagal mengotakannya.

Walaupun Hilman terkesan dengan kes rogol melibatkan seorang pembantu beliau yang telah didakwa di mahkamah, namun ia dikatakan tidak menjejas imej beliau di mata penduduk Gombak.

Parlimen P098 Gombak kini disandang oleh Azmin Ali. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, Hilman berjaya menawan kawasan Dewan Negeri Selangor N17 Gombak Setia, atas tiket Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat. Selepas itu Hilman lompat menyertai parti Muhyiddin.

Pencalonan Hilman di Parlimen Gombak dijangka tidak akan mengundang masalah kerana beliau dikenali sebagai salah seorang ahli kem Azmin Ali. Kedua-dua mereka mengkhianati PH bersama-sama.



Untuk makluman, Pengadu dalam kes perbicaraan rogol membabitkan Hilman Idham menafikan dakwaan bahawa dia bersetuju melakukan hubungan seksual dengan tertuduh, yang dikenali sebagai Mohd Zulfahimin Mahdzir.

Ketika pemeriksaan balas daripada peguam bela Chris Kooi, wanita berusia 33 tahun itu tidak bersetuju dengan cadangan bahawa dia menarik Zulfahimin ke dalam bilik tidur di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur di mana kejadian rogol itu didakwa berlaku selepas tengah malam pada 5 Dis 2020.

Hilman dikatakan terbabit berperanan “merancang” kejadian rogol selepas majlis hari jadi dianjurkannya untuk pengadu. Kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker