PAS akui tanpa gabung parti sukar untuk tubuh kerajaan

KOTA BHARU: Pembentukan kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilihat sukar berlaku tanpa gabungan atau sokongan daripada parti-parti lain yang bertanding.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, berpandukan kepada situasi politik semasa negara, ditambah dengan kehadiran beberapa parti baharu dilihat tiada pihak yang mampu menjadi dominan.

“Jadi untuk membentuk kerajaan semua pihak perlu mendapat sokongan daripada parti lain. Oleh yang demikian semua pihak perlu terbuka jika wujudnya kerajaan campuran selepas ini (PRU15).



“Dari segi cara pembentukan, perlu menunggu selepas PRU15,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memberitahu, bagaimanapun andaian berlaku atau sebaliknya hanya boleh diketahui selepas PRU15.

Katanya, buat masa ini Pas lebih selesa memberikan fokus kepada menyelesaikan masalah rakyat daripada bercakap soal politik.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li meramalkan parti politik yang bertanding pada PRU15 kali ini dilihat sukar untuk mendapat majoriti mudah sekaligus membentuk kerajaan. – UTUSAN



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air



Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker