BN dijangka kekal pertahan kerusi Pelangai

Calon BN Amizar Abu Adam

Penduduk Pelangai di Pahang keluar mengundi untuk memilih Adun baharu hari ini di kerusi yang dipegang Barisan Nasional (BN) selama 37 tahun.

Pada PRU15 November lepas, BN mengekalkan kerusi itu dengan majoriti lebih 4,000 undi dan gabungan itu berharap dapat mengulangi keputusan itu, selepas mengalami kekalahan besar pada PRN enam negeri baru-baru ini.

Kerusi itu kosong apabila penyandangnya, Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat pada Ogos.

BN meletakkan Amizar Abu Adam sebagai calon menggantikan Johari, menentang Kasim Samat daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasli.



Secara teori, BN dilihat berkemungkinan meraih kemenangan mudah, dengan sokongan Pakatan Harapan (PH) selepas PRU15, dan bergantung pada sokongan popular terhadap Johari.

Bagaimanapun, tiada jaminan calon BN akan memperoleh undi PH, berdasarkan keputusan PRN pada Ogos, apabila BN yang dahulunya perkasa memenangi hanya 19 daripada 108 kerusi ditandinginya, menandakan kemerosotan sokongan dalam kalangan pengundi Melayu.

Turut timbul kebimbangan tentang kelesuan pengundi, seperti yang disaksikan pada PRK Pulai dan Simpang Jeram di Johor awal bulan ini, dengan peratusan keluar mengundi rendah di kedua-dua kawasan tersebut.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin BN tetap yakin, sebahagian besarnya disebabkan legasi Johari.



“Ya, kami dapat rasa mungkin ada undi protes (tidak berpihak pada BN) dan kelesuan pengundi, tetapi kami optimistik bahawa sokongan terhadap BN di Pahang masih kukuh,” kata seorang pemimpin yang enggan namanya disiarkan.

Seorang pemimpin PN turut menyatakan peluang kemenangan pihaknya tipis.

“Kemenangan pastinya akan jadi bonus besar buat kami, tetapi sentimen di lapangan tidak dilihat memihak kepada kami, lebih-lebih lagi pengundi Cina,” katanya.

“Bagaimanapun kami berharap memperoleh undi daripada peneroka Felda dan penjawat awam, memandangkan kami melihat trend peningkatan sokongan daripada kumpulan ini.”



Penganalisis politik Azmi Hassan berkata, beliau percaya BN akan mengekalkan kerusi DUN Pelangai.

“Persoalan yang lebih besar di sini adalah berapa banyak undi boleh mereka perolehi untuk kerusi itu, kerana jika (menang) dengan margin kecil, ia bukan petanda baik,” katanya.

“Jika BN menang dengan undi kurang seribu, maka PN akan mendakwa ‘gelombang hijau’ telah tiba di Pahang,” katanya.

Beliau berkata, jika BN menang, perkara itu akan membuktikan beberapa dakwaan pemimpinnya bahawa kerjasama dengan PH diterima baik, terutamanya di Pelangai.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?



PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah



Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker