Sekumpulan ‘Wartawan Otai’ bidas SKMM

Sekumpulan Otai dalam bidang kewartawanan membantah tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mutakhir ini yang didakwa bertindak sebagai ‘abang besar’.

“Kami sama sekali tidak bersetuju dengan yang kebelakangan ini bertindak seolah-olah sebagai ‘abang besar’ dengan sewenang-wenangnya menyekat kandungan (berita) dalam talian.

“Kami bimbang sejak akhir-akhir ini pengamal media telah dipanggil oleh SKMM untuk memberi penjelasan mengenai kandungan yang mereka bawa menerusi portal berita dan laman dalam talian mereka.

“Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kandungan yang dilabelkan sebagai ‘menyinggung’ itu hanyalah laporan dan pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan,” katanya mereka dalam kenyataan bersama hari ini.

Kumpulan itu terdiri daripada bekas pengerusi Media Prima, Johan Jaaffar; tokoh wartawan, A Kadir Jasin; pemilik Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Hussamuddin Yaacob; bekas pengurus besar Bernama, Azman Ujang; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Chamil Wariya; bekas ketua pengarang Bernama, Yong Soo Heong dan Zakaria Wahab dan bekas pengarang yang kini penganalisis politik, G Manimaran.

Mereka tidak menyatakan kes khusus yang dirujuk.

Bagaimanapun ia dipercayai merujuk kepada beberapa kes sebelum ini seperti sekatan terhadap portal Malaysianow, TV Pertiwi, UtusanTV serta siasatan terhadap TV Alhijrah yang mengulang siar rancangan melibatkan bekas menteri agama Idris Ahmad.

Mereka yang rata-rata berpengalaman sebagai wartawan kanan itu menegaskan sama sekali tidak dapat menerima sebarang percubaan untuk menggunakan agensi kerajaan seperti SKMM untuk menyoal, menapis atau menyekat portal dan kandungan berita dalam talian.

“Kita telah melihat bagaimana kerajaan-kerajaan terdahulu, walaupun hanya kerana aduan kecil daripada orang ramai atau pihak elit pemerintah, telah diambil tindakan dengan pantas walaupun tindakan seumpama itu tidak perlu sama sekali.

“Kerajaan pada hari ini dipilih atas janji untuk membolehkan pengaliran maklumat yang bebas dan untuk menjamin kebebasan media,” kata mereka.

Jelas kenyataan itu, aduan daripada para pengamal media bahawa laman web mereka telah disekat semakin meningkat.

Menurutnya ia adalah trend tidak sihat yang mesti dihentikan serta-merta.

“Kami percaya bahawa badan pengawal selia terbabit mempunyai keutamaan yang lain, dan oleh itu, menyekat laman  web bukanlah salah satu daripadanya.

“Walaupun kami memahami Internet telah menjadi pencetus  kebencian dan penyebaran maklumat yang salah  namun kami percaya pengamal media adalah individu yang berdisiplin dipandu oleh profesionalisme dan etika.

“Alam media sosial yang tidak terkawal boleh difahami sebagai masalah. Kami mengakui bahawa maklumat salah  dan berita palsu sudah sampai pada tahap krisis,” tegas kenyataan itu.

Bagaimanapun mereka juga percaya peranan yang harus dimainkan oleh media bebas di negara ini.

“Kerajaan mesti memastikan ekosistem yang betul dan persekitaran yang kondusif untuk pengamal media bekerja tanpa rasa takut dan pilih kasih,” kata kumpulan berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker