Resepi Serunding Daging Lazat

Resepi Serunding Daging Lazat.

Resepi Serunding Daging Lazat

Kali ini kami berkongsikan resepi makanan mudah iaitu serunding daging. Di mana daging dicarik-carik jadi halus. Kemudian melalui proses pengeringan yang cukup lama jadilah serunding.

Serunding sangat sesuai untuk dijadikan masakan jangka panjang kerana ia tahan berhari-hari untuk disimpan. Untuk askar, pelajar yang duduk di rumah sewa ataupun orang yang berjalan-jalan jauh boleh cuba buat serunding sebagai lauk untuk makan.

Resepi serunding daging yang dikongsikan oleh ‎Mak Jemah Nelly‎ di laman Facebook ini sangat menarik perhatian ramai.

Walaupun cara membuatnya rumit dan memakan masa namun ianya lazat dan enak dimakan dengan apa sahaja ikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba.

Resepi Serunding Daging Lazat

Bahan-bahan :

1/2 kilo daging,
1 genggam cili kering,
6 biji bawang merah besar*
8 biji bawang putih*
5 keping hirisan lengkuas*
2 ketul halia besar*
5 batang serai*
6 ketul kunyit hidup kecil*
2 sudu besar jintan putih,
2 sudu besar jintan manis,
3 sudu besar serbuk kari,
2 sudu besar serbuk ketumbar,
1 biji kelapa diperah dan sediakan santan jangan terlampau cair.

Cara-cara :

Mula-mula rebus daging sehingga empuk supaya senang dicarik-carikkan nanti.

Sentiasa cek air dan daging. Jika sudah empuk boleh tutup api.

Carik-carik daging yang sudah empuk.

Kemudian rebus 1 genggam cili kering yang telah digunting-gunting.

Blend cili yang sudah empuk, ketepikan.

Blend pula bahan blend bertanda * di atas.

Panaskan minyak dengan api sederhana, bila sudah panas boleh masukkan bahan-bahan yang sudah diblend tadi dan tumis sehingga pecah minyak.

Bila sudah pecah minyak, masukkan cili kering yang telah diblend dan dimasak hingga pecah minyak.

Lalu masukkan jintan manis dan jintan putih.

Terus masukkan serbuk ketumbar dan serbuk kari. Kacau sehingga betul-betul pecah minyak.

Bila sudah pecah minyak, boleh masukkan santan. Kacau.

Terus masukkan daging dan teruskan kacau.

Masukkan garam, gula kerek 1 1/2 keping. (Kalau tidak ada gula kerek masukkan gula pasir).

Sentiasa kacau sehingga kering. Siap.
Mudah bukan resepinya? Walaupun memakan masa yang cukup lama pada proses pengeringan namun hasilnya sangat memuaskan. Selamat mencuba.

Banyak lagi Resepi disini

Like FB MyKMU disini

Resepi Kuih Lompang Lembut Berlesung Pipit

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker