Sepuluh kali Mahkamah Timbang Tara Sebut Surat Tommy Thomas
Oleh Tun Teja
BUKAN sekali, bukan dua kali tetapi sepuluh kali Mahkamah Timbang Tara sebut berkenaan surat Tommy Thomas yang menjadi asas Sulu untuk menuntut wang dari kerajaan Malaysia dalam penghakiman bertulis tersebut.
Para penganalisis politik mengecam tindakan Tommy Thomas tersebut. Hanya kerana Tommy menulis penjelasan panjang yang memetik kes-kes undang-undang tidak bermakna bahawa beliau tidak bodoh atau bertindak dengan melulu dan tidak bertanggungjawab.
Berikut adalah beberapa isu yang Tommy gagal tangani dalam kenyataannya baru-baru ini.
1. Tommy mendakwa bahawa penyerang Lahad Datu tidak mempunyai hubungan dengan 8 orang yang menuntut. Namun salah seorang daripada 9 orang yang menuntut dalam tuntutan mahkamah terhadap Malaysia ialah Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram. Dia adalah anak sulung Jamalul Kiram III, Sultan Sulu yang mengaku diri sebagai dalang serangan Lahad Datu. Pak Ciknya (adik lelaki Jamalul) Agbimuddin Kiram mengetuai pasukan darat dalam serangan Lahad Datu. Penuntut lain mempunyai hubungan darah dengan Jamalul Kiram dan Agbimuddin juga.
Adakah Tommy tahu tentang perkara ini dan mengapa dia tidak menyebut secara terperinci dalam penjelasannya?
2. Tommy mengatakan tidak mengenali tuntutan Sulu tetapi beliau menulis surat mengatakan bahawa beliau menyesal tidak membayar Sulu dan beliau mengiktiraf tuntutan mereka.
3. Tommy mendakwa tidak mengenali pihak berkuasa Mahkamah Sepanyol untuk risau berkenaan perkara ini dan itulah sebabnya beliau tidak menghantar wakil untuk mempertahankan kes Timbang Tara tersebut tetapi ironinya Tommy memberi salinan surat tersebut kepada Hakim Sepanyol. Tindakan tersebut menunjukkan Tommy mengiktiraf bidang kuasa mahkamah Sepanyol.
4. Penuntut meminta ganti rugi USD 33B dan telah menghabiskan banyak wang untuk peguam asing yang mahal dan anda mengharapkan mereka menghentikan tuntutan mereka dengan menawarkan pampasan RM48.3K? Adakah Tommy naif, bodoh atau kedua-duanya sekali?
Masalah dengan surat ini ialah sesiapa pun boleh membawanya ke mana-mana mahkamah di dunia dan mengesahkan bahawa Malaysia secara rasmi dan secara sah mengiktiraf tuntutan Sulu ke atas Sabah memandangkan ianya ditulis dalam kapasiti Tommy sebagai AG Malaysia. Surat ini akan menjadi punca masalah kepada Sabah dan Malaysia selama-lamanya.
Dan lebih buruk lagi, tidak ada seorang pun dari kerajaan PH yang mengaku telah memberi kelulusan atau tahu bahawa Tommy telah menghantar surat ini.
5. Punca Malaysia menghentikan pembayaran pada tahun 2013 adalah kerana Sulu telah melanggar perjanjian kerana ahli waris Sulu menyerang negara Malaysia.
Salah satu sebab mengapa Sulu menyerang Malaysia (walaupun kita membayar setiap tahun sebelum 2013) sedangkan fakta menunjukkan pembayaran dibuat setiap tahun bermakna Sulu membuat tuntutan ke atas Sabah.
Selagi kita terus membayar mereka maka mereka boleh menyebut ini sebagai bukti bahawa mereka mempunyai tuntutan ke atas Sabah.
Sepatutnya Tommy mengatakan Sabah telah memilih kemerdekaan pada tahun 1963 dan merupakan negara berdaulat yang tidak ada sesiapa yang mempunyai tuntutan ke atas Sabah lagi.
Kenapa Tommy tidak mempertahankan fakta ini?
Sebaliknya Tommy menulis kepada hakim Sepanyol dan pihak Sulu bahawa dia mengiktiraf perjanjian itu dan Malaysia perlu terus membayar selama-lamanya.
Kesimpulannya, masalah timbul disebabkan salah guna kuasa yang dibuat oleh Tommy Thomas. Beliau perlu memperbetulkan kesilapan yang beliau lakukan. Tindakan sewajarnya juga perlu dikenakan terhadap Tommy. Kita bercakap mengenai kedaulatan negara.