PH Dan PN Punca Negara Mundur
Oleh Tun Teja
PAKATAN Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) punca Malysia menjadi negara mundur adalah fakta yang tidak boleh disangkal. Mahathir cuba menafikan perkara ini dengan memberikan alasan-alasan yang tidak masuk akal dan bersifat andaian semata-mata.
Datuk Seri Najib menegaskan bahawa langkah memansuh atau membatalkan projek adalah cara kerajaan PH yang telah terbukti merosakkan serta merencatkan pertumbuhan ekonomi. Itu adalah fakta yang tidak boleh disangkal. Rakyat pun tahu bahawa ini adalah benar.
Mahathir dengan semborono seolah-olah cuba menipu dan memperbodohkan rakyat kononnya projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dibatalkan itu tidak bagus dengan alasan kos pelaksanaan projek itu terlalu tinggi.
Viral di media sosial gambar-gambar “high speed rail” Thailand. Berdasarkan gambar-gambar tersebut pembangunan ekonomi negara-negara jiran dengan kita dilihat sangat berbeza.
Dahulu Najib selalu membuat perancangan ekonomi lebih awal. Bagi memastikan Malaysia mampu bersaing dengan negara lain maka kita tidak boleh ketinggalan dalam infrastruktur.
Pembangunan infrastruktur mampu menjana ekonomi dan pekerjaa kepada anak-anak muda dan graduan tempatan. Mereka berpeluang mendapatkan pekerjaan disamping menimba pengalaman dalam projek berteknologi tinggi.
Ia juga menggerakkan ekonomi tempatan di kawasan-kawasan projek dilaksanakan serta membawa manfaat kepada peniaga kecil.
Malang sekali bagi Malaysia apabila PH menang sahaja Pilihan Raya Umum ke 14(PRU-14) mereka memotong bajet ini, batalkan projek itu sehingga sanggup membayar pampasan asalkan projek pembangunan yang Najib usahakan dapat dihentukan. Mereka tidak ada sebarang perancangan ekonomi.